24. Doji dan cara trade dengannya

Doji adalah CS apabila open dan close price hampir sama. Ia melambangkan indecision dalam market. Bila pembeli dan penjual sama banyak, price berhenti dan tak boleh gerak. Biasanya kita akan nampak reversal selepas doji kerana trend sebelumnya sudah terhenti. Berikut adalah prinsip penting untuk trade dengan doji.

  1. Doji tak boleh jadi satu-satunya signal. Ia boleh jadi salah satu dari signal.Untuk doji boleh bagi signal reversal yang valid, candle seterusnya mesti kompemkan doji dengan signal reversalnya yang tersendiri.
  2. Doji lebih berguna di top dan bottom market dan kurang berguna di tengah-tengah trend.
  3. Doji lebih boleh diharap untuk kenalpasti top daripada bottom. Kalau nak guna doji untuk kenalpasti bottom, kita perlukan signal lain untuk juga untuk pastikan bottom.
  4. Doji dalam trend harga yang menurun kurang power dari ketika ia dalam trend menaik. (rally)
  5. Jangan trade di chart yang ada terlalu banyak doji. Susah nak baca nanti.

Jangan trade di chart yang ada terlalu banyak doji. Susah nak baca nanti. Nak baca macamana chart macamni?

Doji layak digunakan bila ada signal reversal yang lain.

Guna doji bila di top atau bottom saja. Ingat , doji lagi berguna untuk cari top daripada figunakan untuk mencari bottom.

Jangan nampak doji terus tekan sell/buy, lepastu bila tak jadi mula la cakap semua candlestick tak boleh pakai. Ada peraturan dia juga kalau nak guna doji. Lihat cara guna doji dengan volume di sini.

Yang faham ajar kawan, yang tak faham tanya saya. Terima kasih.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Add a Comment