25. Support dan Resistance menurut Dr Asyraf

Support adalah tempat di mana ramai trader buy. Bila ramai orang buy di situ, harga akan naik.  Resistance adalah tempat di mana ramai trader sell. Bila ramai orang sell di situ, harga akan turun.

Resistance become support adalah kawasan yang dulunya resistance yang kuat. Bila lagi ramai buyer boleh push price naik sampai breakout, ternyata kawasan itu adalah support yang kuat, sebab ia dah kalahkan seller yang kuat tadi tu.

Support become resistance adalah kawasan yang dulunya support yang kuat. Bila lagi ramai seller boleh push price turun sampai breakout, ternyata kawasan itu adalah resistance yang kuat, sebab ia dah kalahkan buyer yang kuat tadi tu.

Prinsip Support dan Resistance Dr Asyraf

  1. Buy at support.
  2. Sell at resistance.
  3. Buy at Resistant become Support (RBS)
  4. Sell at Support Become Resistant ( SBR)
  5. Support dan resistance bagaikan angin, ia tak dapat dilihat tapi boleh diconfirmkan.
  6. Jangan terus entry di support dan resistance tanpa confirmation.
  7. Guna lebih dari satu cara untuk confirmkan support.
  8. Moving average adalah dynamic support dan resistance yang saya guna
  9. Candlestick Pattern boleh confirmkan support. Lagi selamat entry lepas confirmation.
  10. Horizontal support dan resistance bukanlah satu line , tetapi adalah satu zone yang tak dapat dilihat. Tak semestinya bila support line dilukis pada harga 1.01 , bila harga jatuh ke 1.00 jadi breakout! Smart money tak guna pembaris panjang bila dia nak buy di support.
  11. Support dan resistant yang lama di kiri chart, biasanya valid untuk tempoh 5 tahun. Sebab apa 5 tahun? Kebanyakan buku mengatakan, ramai buyer/ seller yang masih hold entry mereka akan close juga selepas 5 tahun.

Sebab resistance itu tak dapat dilihat, rasakan kewujudannya menggunakan lebih dari satu signal.

Gabungkan signal dari timur( candlestick) dan barat (MA , support resistant ) untuk popit. Buat latihan di chart anda kalau masih tak nampak. Sekian takat ini dulu. Bye.


 

Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Add a Comment