15. Shooting Star VS Inverted Hammer . Jangan tertukar.
Shooting Star VS Inverted Hammer
Terima kasih dan tahniah sebab stay tuned sampai tajuk ni. Memang hampa ni bukan geng short term mindset. Bukan geng trade harini nak beli Porsche esok. Bukan geng buat loan kat bank p hentak full margin kat satu- satu entry. Tahniah. Sikit ja lagi. Tak banyak dah. Jangan hafal, faham ! Jom sambung !
Shooting Star (SH)
SH ni terbalik dengan IH. Kalau dah faham hammer , benda tu juga la nak ulang, cuma terbalik ja.
- Kalau tanpa tanda lain, ia hanya minor reversal signal, tak sekuat bearish engulfing.
- Warna candle tak penting.
- Body kecil, lagi kecil lagi baik
- Shadow/wick/tail panjang 2 kali ganda body, lagi panjang lagi baik.
- SH mesti ada di atas trend( top), trend kecil ka besar tak kisah sangat.Kalau kat bottom kita tak panggil SH, kita panggil binatang lain.
- Lebih banyak CS shootingstar, lebih bearish signalnya.
- Jika SH datang dengan high volume, ia lebih bearish dari SH yang datang dengan volume yang kecil.
Ni sama macam yang kita ajar dalam tajuk volume. CS shootingstar dan hammer makin kuat signal reversalnya jika mereka ada high volume.
Tengok video lagi senang paham!
Inverted hammer (IH)
IH ni hubungan dia dengan SH, samalah dengan hubungan hanging man dengan hammer. IH memang terbalik dari SH.
Kenapa kena kenal SH , IH, hammer, hanging man semua ni?
Kalau kenal satu , keliru, sebab bentuk SH sama dengan IH, cuma lokasi ja lain. Sama juga dengan hammer dan hanging man Siapa mengaji sekerat jalan, tak sabar nak trade, boleh terkena dengan 4 ekor candle ni. Bayangkan kalau kita sell di contoh atas ni? Tak ke naya?
Rujuk terus video tutorial khas ni kalau masih ada lagi keraguan di hati!
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!