27. Setup trading yang saya guna

Setup Trading Cara Saya

Salam. Setup trading yang saya guna ni tak banyak. 2 ja:

  1. Breakout
  2. Rebound 50 MA

Breakout dah ajar dalam satu tajuk lepas. Rebound pun dah ajar dalam tajuk Moving Average . Dalam bab Setup trading ni kita nak fine tune saja. Nak ajar kat mana tempat terbaik untuk nak tunggu breakout dan cara masuk rebound 50 MA.

Cara entry Breakout

Breakout ni kita dah kenal. Bila price tembus support/resistance tu breakout la. Kita tau , bukan semua breakout akan tembus, 52% je yang akan berjaya.Dalam banyak- banyak tempat breakout kat mana paling best kita nak tunggu breakout?

Mark Minervini ada ajar dalam 2 bukunya tentang tempat ini. Dia cakap, sebelum breakout akan menjelma satu pattern yang namanya Volatility Contraction Pattern.Ada juga yang cakap nama pattern ini Cup and handle sebab bentuk dia macam cawan . Ada juga kata ni pattern ascending triangle. Benda yang sama ja semua ni. Apa logik dia di sebalik ajaran Mark Minervini ni?

  1. Kita faham, di setiap resistance, ada ramai seller. Di support, banyak buyer .Setiap kali harga naik di resistant , seller akan sell. Sampailah semua seller keluar dari market, barulah kebarangkalian untuk harga naik tu tinggi.
  2. Jadi, menurut Mark Minervini, kalau nak buy di breakout, bahaya , sebab kat tempat tu orang ramai sell. Logik la.
  3. Jadi, dengan pattern ini, kita nampak, setiap kali harga naik ke resistant, harga akan jatuh balik, tapi tak jatuh terus ke bawah, kerana buyer banyak support di bawah.
  4. Setiap kali harga jatuh balik, support akan naik makin tinggi, menandakan buyer dah berkumpul di bawah.
  5. Sampailah satu masa, bila support dekat sangat dengan resistant , seller dah tak banyak, sebab orang yang buy dari bawah dah tak banyak, sebab margin nak kutip untung tu dah tak banyak. Itulah yang kita panggil point of least resistant.
  6. Buy lepas breakout di situ. Kebarangkalian untuk harga naik sangat tinggi.
  7. Di point of least resistant itu, volume akan jadi sangat sikit, sebab tak banyak orang nak buy atau sell di situ.Nak buy pun dah atas sangat,Nak sell pun support dah dekat sangat.

Ni contoh dia, faham tak?

  • Tengok volume yang below average betul-betul sebelum breakout tu.
  • Kita target nak buy lepas point of least resistant .
  • Biar harga breakout , baru kita buy.
  • Kenapa tak buy je dari bawah? Boleh je bang, kalau larat nak tunggu dan drama buy sell buy sell ni.

Prinsip VCP Pattern

  1. Buy lepas breakout.
  2. Point of least resistant mesti low volume .
  3. Ada wave macam bentuk saya lukis tu. Wave mestilah makin kecil , support makin naik ke atas.
  4. Buy hanya kaunter S2.

Dalam contoh ni

  • Kaunter ni dalam s2
  • Vcp pattern jelas kelihatan.
  • Volume sangat rendah di point of least resistance sebelum breakout.

Dalam contoh ni sama juga

  • Kaunter dalam S2.
  • VCP pattern jelas kelihatan.
  • Volume sangat rendah di point of least resistance
    sebelum breakout.

  • Dalam Setup trading ni kita bukan main sebat masuk sebab ada bentuk tu ja.
  • Kaunter kena dalam s2.
  • Tunggu breakout dulu baru masuk.

Cara Entry Rebound 50 MA

Entry di rebound 50MA adalah Setup trading yang paling selamat. Orang yang pakai modal besar selalu pakai Setup trading ni kerana waktu kita entry pun kita masuk tak jauh dari support. Nak cutloss apa apahal jadi senang. Tapi semua kita kena ingat semua kaunter yang jatuh bermula dari nampak macam nak pullback la.

Syarat Pullback/Rebound 50 MA

  1. Kalau price pullback lebih dari 50% , jangan masuk. Biar kaunter tu buktikan kekuatan dia balik baru masuk
  2. Pullback mestilah kena low volume , atau decreasing volume.
  3. Pullback terbaik adalah pullback yang tak close di bawah 50 MA
  4. Kalau nak buy di pullback, biar price buat price action yang baik baru beli. Beli awal tak guna bang kalau terjun terus.
  5. Pullback ke 20 MA bersifat short term dan spekulatif , bersedia untuk take profit awal kalau setup ni

Disebabkan Mark Minervini takut pullback tukar jadi price terjun Pandalela , dia buat Setup trading teknik ni. Dia panggil Setup trading teknik Cheat Pattern. Sebenarnya benda ni pullback juga la. Tapi cara dia masuk lain macam sikit.

Ok dalam chart ni , price naik, kemudian rebound. Sekarang boleh la kita cakap dia rebound sebab benda dah jadi. Kalau ikut Mark Minervini, dia akan masuk di no 4 lepas price pause. Alasan dia?

Dia nak price tunjukkan kekuatan untuk naik dulu baru dia masuk.

Nampak remeh saja cara dia masuk ni, tapi sebenarnya, benda seremeh ni boleh jimat banyak duit kita. Bukan semua pullback ada kekuatan untuk naik balik. Cuba dulu kalau tak percaya.

Biar price tunjuk dia boleh naik baru kita beli. Tak perlu sibuk nak buy sedekat dengan support yang mungkin.Jangan seronok sangat nak cari bottom. Cari bottom lagi susah dari nak cari top. Kalau price tak ada kekuatan, support pun boleh tembus. Bukan tak biasa kan.

Sekarang dah nampak ke belum Setup trading saya? Tak semestinya tuan/puan kena ikut Setup trading saya tapi kalau nak ikut Setup trading ni dipersilakan 🙂

Sekian dulu takat ni bab Setup trading. Salam.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment