47. Setup Sell Forex dengan success rate LEBIH 90% khas untuk Scalper!

Setup Sell Forex khas untuk Scalper

Sebelum saya dedahkan Setup Sell Forex terbaik ni sekali lagi saya nak ingatkan, kalau anda pembaca tegar web saya, saya pernah berpesan, definite sell signal dalam saham adalah bila harga jatuh di bawah 20 MA dan 50 MA. Rule ni tak terpakai untuk saham ja, Crypto pun boleh , forex pun boleh. Jadi dalam teknik ini saya gunakan kefahaman yang sama di forex, bukan ilmu baru pun. Jadi kita nak pakai Setup Sell Forex yang macam mana?

Teknik ni saya dedikasikan kepada semua Pak Guard di Malaysia , sebab hanya mereka yang paling sesuai guna teknik ni. Sebab Pak Guard ni kerja dia banyak menunggu dan memantau. Kalau belajar teknik ni, tak boring sangat. Kalau tengah tak ada kerja, tengah lepak tak buat apa juga anda boleh cuba teknik saya. Setup Sell Forex yang ini nak monitor dia sangat leceh. Berjam-jam kena tenung depan phone nak tengok rejection harga dengan 20 MA. Kalau semua Jaga kat Malaysia baca Entrybiru dan guna Setup Sell Forex ni, saya jamin kereta depa lagi mewah dari kereta boss-boss depa.

Sebelum saya dikecam netizen ,artikel ini juga tak ditulis untuk menjanjikan bulan bintang pada rakyat marhaein B40. Forex ni susah. Study , backtest dulu pada market lepas . Cara paling laju untuk anda belajar adalah dengan cuba buktikan bahawa ajaran saya salah. Buktikanlah apa-apa teori saya di chart yang lepas-lepas.Kalau saya saya salah, saya ikut awak, kalau saya betul awak kena ikut saya. Boleh?

Juga kepada newbie semua yang baru nak kenal apa itu forex, jangan pakai duit sendiri dulu. Masuk saja guna modal broker. Saya dah carikan duit free dari broker yang selamat dan dicuba sendiri oleh saya.

Setup Sell Forex ni tak sesuai untuk semua orang. Saya tak jamin anda boleh untung besar guna Setup Sell Forex ni , tapi nak rugi tu susah.

Syarat pakai Setup Sell Forex ni:

  • Dah baca tajuk moving average
  • Dah mahir semua candlestick yang saya ajar
  • Ada masa untuk monitor bila price naik balik
  • Faham cara tentukan arah
  • Tak tamak bila dah biru
  • Redho dengan untung yang sedikit
  • Sedar diri kalau anda tengah melawan arah

Sop Setup Sell Forex Teknik Abang Jaga

  1. Ketahui arah sebenar price di haily/H1 untuk kita tentukan nak TP jauh atau dekat.
  2. Mesti ada resistance di kiri.
  3. 20 MA dan 50 MA menunjuk arah bawah atau mendatar.
  4. Price jatuh tembus 20MA dan 50 MA di TF m5.
  5. Sell terus lepas price tembus 20/50 MA tapi hati-hati.
  6. Sell lepas price buat rebound ke 20/50 MA.
  7. Letak stoploss atas 20/50 MA.
  8. Ready untuk TP kalau price tembus 20 MA.
  9. Kecilkan TP kalau melawan arah , boleh TP di 200 MA untuk menjanjikan TP yang selamat.

Jom tengok contoh!

  1. Lepas harga jatuh bawah 20/50 MA , boleh sell terus atau tunggu harga naik balik rebound ke 20/50 MA.
  2. Dalam contoh ini siapa yang nak tunggu rebound , anda sudah melepas.
  3. Tp di next support atau di bullish engulfing.
  4. Kalau dalam contoh ni anda dah tamak dengan menyangkakan trend sudah downtrend dan nak hold lama, sila check balik arah di H1 dan daily.
  5. Kalau arah Timeframe besar uptrend, telan saja ketamakan anda, anda tak layak trade guna teknik ini kalau nak hold juga- juga.

  1. Dalam contoh ini, price sedang uptrend di TF besar.
  2. Kita tengah cuba profit dengan correction dan pullback price .
  3. Jangan cuba nak hold lama – lama.
  4. Kalau 200 MA itu dekat macam dalam contoh ini, tp di 200 MA dengan penuh kesyukuran.
  5. Kalau price jatuh bawah 200 MA, jangan sedih pula.

Stoploss di mana?

  • Dalam contoh di atas tadi , kalau stoploss anda terlalu dekat dengan moving average, anda mungkin terciduk bila price naik meninggalkan shadow.
  • Dalam realiti trading sebenar, susah kita nak letak stoploss dekat-dekat kalau anda scalping macamni, tambah-tambah kalau broker yang pakai spread besar. Ini gunanya akaun ECN.
  • Jadi kalau nak set stoploss pun susah, memang kena monitor untuk cut sendiri bila price naik.
  • Tapi menurut pengalaman saya , Teknik Abang Jaga ni best sebab biasanya price akan terjun terus lepas tembus 20/50 MA .
  • Sebab itulah , saya cakap ,untuk lebih selamat kita tunggu saja price rebound ke 20/50 MA sebelum sell, kalau sell terus risiko dia boleh stoploss, kalau tunggu rebound, risiko dia melepas terus.
  • Saya akan pilih untuk terlepas trade daripada risiko stoploss sebab modal saya besar.

  1. Dalam contoh ini, jangan sakit hati sebab tak boleh tp di akar.
  2. Takkan ada orang yang boleh tp di akar dan sell betul-betul di pucuk.
  3. Kita semua hanyalah technical analyst , bukan ahli nujum.

Kalau masih tak faham Setup Sell Forex ni, jom tengok video saya. Maafkan kegagapan saya.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment