Reversal candlestick pattern dan Cara Trade dengannya 1

Reversal candlestick pattern

Dalam artikel Reversal candlestick pattern dan Cara Trade dengannya 1 ini saya akan ajar semua tajuk dibawah ni. Tajuk ni penting , tak lulus ni macam tak lulus BM dalam SPM. Kena amek paper Julai. Nampak banyak, nampak serabut tapi senang je. Jangan risau , tak kena hafal, kita bukan kelas hafazan, cuba fahamkan dan cari contoh sendiri di chart yang lain. Latih mata anda seperti helang, yang dapat melihat tikus dari jauh.

  1. Hammer
  2. Hanging Man
  3. Engulfing Pattern
  4. Tweezer top/ Bottom
  5. Dark Cloud Formation
  6. Piercing Pattern
  7. Morning star/ Evening star
  8. Shooting star
  9. Inverted hammer
  10. Harami Pattern

Selain Reversal candlestick pattern, Saya juga akan ajar sekali reversal chart pattern.

  1. Head and shoulder
  2. Triple top/ bottome
  3. Double top/ bottom
  4. Island Reversal

Hammer

Dalam CS hammer price turun dengan lajunya , kemudian berjaya naik kembali dalam satu timefram yang sama menunjukkan trader yang nak sell tak seramai trader yang nak buy. Sebab itu ia adalah satu bullish sign yang kuat.

Rukun-rukun Hammer

  1. Body kecil , lagi kecil lagi baik
  2. Shadow/wick/tail panjang 2 kali ganda body, lagi panjang lagi baik.
  3. Hammer mesti ada di bawah trend( bottom),trend kecil ka besar tak kisah sangat.Kalau kat top kita tak panggil hammer, kita panggil binatang lain.
  4. Hammer akan sahkan support di sebelah kiri.
  5. Tiada beza hammer warna apa. Merah ka hijau ka sama ja.
  6. Jangan belasah buy terus bila ada hammer, hammer adalah salah satu tanda, bukan satu-satunya tanda reversal.
  7. Jika hammer datang dengan high volume, ia lebih bullish dari hammer yang datang dengan volume yang kecil.
  8. Lebih banyak CS hammer, lebih bullish signalnya

Hanging man

2 candle ni dari luar nampak sama, tapi tak serupa.

Kenapa ia dipanggil hanging man?

Kebanyakan orang yang tersilap faham , yang menganggap CS hanging man sebagai hammer, sebab bentuknya sama , akan masuk buy pada CS ini, jadi bila candle keesokan harinya close bawah CS hanging man, kesemua mereka akan menyesal dan terciduk. Dalam bahasa English, mereka akan “left hanging”, dan ramai akan sell position mereka keesokan harinya. Bila ramai yang sell, harga akan turun.

Semakin tinggi kedudukan hanging man di top, semakin kuat signal bearishnya.
Semakin banyak hanging man di sesuatu kawasan , semakin kuat signal bearishnya.

Engulfing Pattern

Candle ni mungkin adalah candle terpenting dalam semua candle yang kita belajar. Ia membawa signal terbesar dalam naik turun harga.

Pada candle pertama, harga jatuh ke bawah. Pada candle kedua, niat market amat jelas bila buyer menguasai pasaran. Harga ditolak lebih tinggi dari candle pertama. Ini menunjukkan buyer amat kuat mengalahkan kuasa seller candle pertama tadi.

Sama juga keadaannya dalam Bearish engulfing tapi terbalik sahaja.

Rukun Engulfing Pattern

  1. Dua candle ini mesti dari 2 warna berbeza. Tak boleh 2 2 hijau atau 2 2 merah kecuali kalau candle pertama itu candle doji.
  2. Candle kedua mesti engulf (telan) body candle pertama.
  3. Candle kedua tak semestinya engulf (telan) shadow/tail/wick candle pertama.
  4. Kalau untuk bearish engulfing , ia mesti datang selepas kenaikan (uptrend) harga walaupun trend itu short term dan ia meramalkan harga akan jatuh.
  5. Kalau bullish engulfing , ia mesti datang selepas kejatuhan (downtrend) harga walaupun trend itu short term dan ia meramalkan harga akan naik.
  6. Engulfing pattern akan confirmkan support/resistance di sebelah kiri.

Tak faham tentang Reversal candlestick pattern ni mohon komen ya. Jangan senyap. Sya boleh bagi berlambak lagi contoh Reversal candlestick pattern. Tapi nak letak sini takut hampa bosan. Kita sambung lagi di artikel Reversal candlestick pattern dan Cara Trade dengannya 2, Bye!


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

 

Add a Comment