9. Retail Trader vs Smart Money
Perbezaan antara Retail Trader dengan Smart Money/ Retail Trader vs Smart Money
- Retail trader tu kita.
- Smart money ni la orang yang main harga dalam saham/forex hari hari.
Jom tengok apa beza antara Retail Trader vs Smart Money ni dalam erti kata lain beza depa dengan kita.


*Retail Trader vs Smart Money: Segala kritikan pada retail trader adalah untuk diri saya. Pembaca saya tak buat kerja ni ,saya tau. Kalau pembaca saya buat, takkan la dia habiskan masa membaca di sini, mestila tengah chatting kat group, group sifu time-time macamni. Usaha anda baca tulisan saya tu pun tanda anda sedang mencari kebenaran ,sebab saya tak share link website ni di mana-mana. Anda jumpa web ni semata-mata dari google search. Saya harap hampa dapat kebenaran yang hampa cari. Kalau tak jumpa, tanya saya sampai jumpa !
Selepas saya senaraikan perbezaan Retail Trader vs Smart Money di atas, dan lepas saya cerita kisah Pak Munawer vs Orang Kampung, hampa rasa-rasa kita nak trade ikut siapa?
Amanat Dr Asyraf
- Masuklah entry di mana smart money entry. Modal depa yang besar boleh menaikkan harga. Modal kita 10 USD lot 0.01 tak tinggal calar pun kat market.
- Kenalpasti bila smart money sell, jangan buy waktu depa sell.
- Belajar betul-betul tentang volume dan price action. Itu sahaja cara mengkantoikan pergerakan duit mereka.
- Faham masak-masak tentang market stages. Semua tipu helah smart money adalah sejarah dalam chart. Ingatlah bahawasanya semua sejarah akan berulang !
- Jangan seronok sangat baca news , tapi tunggulah price action dan volume yang akan mengkantoikan niat sebenar smart money di sebalik news.
- Ambillah kesempatan dari kelemahan smart money. Depa susah nak sembunyikan order sebab volume akan jadi sangat tinggi.Kenalpasti di mana mereka entry dan follow.
- Baca, baca, baca dan baca. Bukan suruh baca orang komen apa kat group telegram! Baca buku trading yang betul la !
Sekian dulu bab Retail Trader vs Smart Money. Bye !
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!