29. Psikologi trader yang paling bahaya

Psikologi trader

Nampak macam tak penting tapi saya perlu cerita jugak tentang Psikologi trader ni. Waktu saya berada di dalam kegelapan , 2 tahun pertama dalam trading forex, percentage untuk gagal saya adalah 100%.Masuk la apa pun mesti rugi.Masuk kat mana pun rugi.Saya boleh bagi signal yang tak pernah salah. Cuma untuk hampa profit ikut signal saya , hampa kena masuk terbalik dari saya la. Kalau saya sell hampa buy.

Ini tak masuk akal lansung! Mathematically impossible. Kalau orang baling duit syiling pun ada 50-50 kebarangkalian untuk dapat head atau tail. Orang tikam nombor ekor pun ada yang untung. Budak- budak forex seperguruan dengan saya selalu je share untung , walaupun waktu rugi dia sembunyi, tapi nampak la tak buang masa sangat trade tu. Kadang- kadang depo , kadang withdraw.

Ada 3 penjelasan saja yang logik yang saya boleh fikir waktu itu.

  1. Samada saya ni terlampau malang . Mungkin saya keturunan Mahsuri yang disumpah 7 keturunan .
  2. Allah nak halang saya dari untung sebab forex tu haram. Eceh , bila rugi terus kutuk forex, tipikal meleis.
  3. Pemahaman saya pasal semua price action dah betul, tapi saya faham terbalik.

Penjelasan ke 3 tu amat menarik, tapi seram. Lepas kenal Pakya dan Mark Minervini , baru saya faham, yang saya adalah seorang Bottom Fisher. Apa benda tu? Kalau tak nak sesat macam saya jom baca.

Bottom Fisher

  1. Ini adalah saham Facebook pada 25 Februari 2020.
  2. Harga dia dah capai puncak , kemudian harga turun , tembus 20 MA , tembus 50 MA.
  3. Saya yang tengok chart ni dah senyum.
  4. Satu unit saham FB yang dulunya 224 usd dah turun jadi 197. Diskaun teruk ni.
  5. Kalau saya buy di support yang sangat kuat tu, saya boleh sell di resistant . Rugi tak masuk ni.
  6. Segala bearish sign yang ada pada chart ni pun waktu tu tak nampak dah.
  7. Kan kuat gabungan 3 support tu, bearish macamana pun mesti naik punya.
  8. Yang penting kita buy low sell high, betul tak?
  9. Teeeeet
  10. Salah!! Hangus modal.

Habistu nak masuk macamana?

Untuk trade di atas, ini salahnya.

  1. Kita kena biar price buktikan kekuatan dulu , baru kita buy.
  2. Memang penting lihat ke kiri untuk lihat support resistant , tapi lagi penting untuk lihat pada Candlestick yang paling latest.
  3. Jangan sibuk cari bottom. Biar bottom tonjolkan dirinya dulu , baru buy.
  4. Kita cari kaunter yang kuat, bukan kaunter yang murah.
  5. Setiap pullback mungkin jadi permulaan untuk downtrend.
  6. Jaga-jaga dengan pullback yang lebih dari 50%
  7. Pandai mana pun kita trade, kita takkan boleh buy di bottom yang paling bawah, dan sell di top yang paling tinggi. Mustahil.
  8. Tak buy dekat price yang paling bawah pun takpa, janji apa kita buy tu naik.
  9. Untuk cari kaunter yang nak bullrun, dia mesti boleh buat new high, bukan jatuh ke bawah.
    Ini pemikiran terbalik yang saya ada dulu.

Kalau tajuk Psikologi trader ni anda rasa remeh, bersedialah untuk 100% peluang untuk gagal macam saya kena dulu. Tikam nombor ekor, main kiss69 ada batting average lagi tinggi. Sekian dulu bab Psikologi trader. Terima kasih.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment