48. Pakya Hussin, Scammer atau Sifu Saham?

Siapa Pakya Hussin?

Salam semua. Ramai pembaca PM saya bertanya tentang Pakya Hussin, pengasas Pakya Trading Notes. Banyak soalan sangat, saya malas nak jawab, saya harap post ini menjawab pertanyaan anda.Ini antara soalan dia.

  1. Berapa harga masuk belajar bawah Pakya?
  2. Cukup tak belajar guna web ini saja, tak belajar dengan Pakya ?
  3. Betul ke Pakya ni sifu saham, betul ke dia trade? Entah-entah makan duit dari kelas je.
  4. Sama ke apa yang belajar kat sini dengan belajar dari Pakya?

Disclaimer: Pertama sekali , post ni bukan nak kipas Pakya Hussin ni sifu saham ke apa. Pakya tak bayar sesen pun kos pengiklanan walaupun kalau search nama Pakya Hussin di google keluar web ni dulu. Apa yang saya bagitahu adalah dari hati. Kalau suka, suka lah , tak suka , saya minta maaf.

Semua yang saya tulis di sini adalah dari sudut pandang saya sebagai bystander, yang nampak proses dia daripada zero sampai jadi jutawan. Nak cerita detail-detail , pergi baca tulisan dia sendiri.

Sebelum terkenal

Saya pernah bagitahu dari awal ,yang Pakya Hussin ni kawan lama saya. Kat sekolah dulu, dia masuk dalam kategori budak nerd lah. Saya ingat saya dulu dah cukup nerd, tapi Pakya Hussin lagi teruk. Setiap kali masuk dorm dia, mesti ada nota dia tengah buat waktu study. Bayangkanlah subjek Geografi pun dia buat nota. Mungkin perangai buat nota tu yang terbawa-bawa sampai lahir Pakya Trading Notes. Tapi kalaulah waktu itu saya tahu yang attitude buat nota kemas-kemas ni boleh jadi jutawan, kompem saya pun buat nota.

Saat-saat getir

Kami dua-dua belajar medic. Sama batch. Saya buat di luar negara, Pakya Hussin buat kat Malaysia. Tegur-tegur pun kat Facebook saja waktu itu. Nampaklah status-status Pakya Hussin waktu baru nak belajar saham. Nampak struggle dia sorang-sorang dok up status buku-buku yang dia baca. Waktu tu like pun boleh kira dengan jari. Dia belajar tanpa guru , tanpa pergi kelas sifu-sifu saham , semata-mata dengan baca buku. Dia adala share buku dia baca , tapi waktu tu saya tak ambil port pun , sebab dia pun tak nampak macam berjaya.
Pakya Hussin cakap, buat apa pergi kelas harga ribu-ribu, baik ambil duit ribu-ribu tu beli buku.
Pakya Hussin cakap, jangan belajar saham dari sebarang guru, jangan belajar dari youtube . Siapa-siapa pun boleh buat youtube account, tapi tak ramai yang boleh tulis buku sampai buku tu jadi best seller yang terkenal di seluruh dunia.
Pakya Hussin tak ada duit waktu tu , sampai tahap nak baca buku kena pinjam kat library dan photostat. Cerita Pakya Hussin memang kalah anime. Waktu jadi doktor pelatih pun tidur 3- 4 jam sehari untuk study saham. Dia memang banyak buat kerja gila. Senang cakap, dia ni macam John Wick dunia saham la kegigihan dia tu.

Selepas terkenal

Saya memang tak percaya awal-awal bila dapat tahu Pakya Hussin jadi sifu saham. Waktu tu saya baru lepas bebal dengan beberapa orang sifu forex. Duk entry merah memanjang , siapa tak bebal. Bila saya tahu Pakya Hussin mengajar saham , saya tak yakin. Saya baca semua post yang dia tulis di FB Pakya Trading Notes baru saya masuk. Saya masuk untuk buktikan dia scam.
Sebab bila saya dah berguru dengan 4-5 orang sifu forex pun masih gagal, saya rasa trading ni mengarut je. Teknik apa yang saya tak belajar? Semua saya dah tahu tapi gagal tetap gagal. Silibus dia saya khatam dalam masa seminggu saja. Semua buku teks saham yang dia suruh baca saya baca dan buat nota. Saya backtest , buat lebih 500 bullrun study .Berpuluh soalan saya tanya dia. Semua jawapan dia tak mengecewakan. Saya ter PROFIT secara tak sengaja.
Waktu tu baru saya kenal siapa Pakya yang sebenarnya.

Menjawab soalan Anda:

Berapa harga masuk belajar bawah Pakya Hussin?

RM 400 kot. Tapi harga RM400 tu terlalu murah untuk support yang dia bagi. Nanti saya tunjuk dalam video.Saya suruh Pakya Hussin naik harga sebab kelas saham 3k pun takda support sebagus dia. Paling kuat lepas habis seminar saham depa add masuk group telegram. Dalam group tu pakat-pakat share signal group sebelah je. Bila nak pandai bang.

Cukup tak belajar guna web ini saja, tak belajar dengan Pakya Hussin?

Camni bang. Yang ni ikut orang. Ada orang belajar dalam kelas saja pun boleh skor straight A. Ada orang kena pergi tuisyen untuk ambil soalan spot. Mana saya tahu.Tapi semua silibus yang saya tulis, saya tulis dengan harapan inilah manual yang paling lengkap untuk orang belajar trading. Tiada yang kedua.Saya tulis tu dengan harapan inilah tempat yang terakhir untuk anda rujuk, tak payah pergi mana dah.Berdasarkan kapasiti , pengalaman ,dan ilmu saya yang paling latest, inilah guide yang saya guna sendiri untuk untung setiap kali trade. Tak ada simpan-simpan. Tak ada nak upsell kelas VIP. Hanya yang mana ada ni saja yang saya pakai. Saya tak ada motif lain.Server web ni pun kena bayar. Nak harap iklan adsense berapa orang sangat yang klik.

Tapi Pakya Hussin tu tok guru saya. Mana boleh lawan tok guru bang. Kompem kompem dia menang. Yang tu tak ada pertikaian lagi.Sampai sekarang saya masih belajar dengan dia, seminggu 2 jam wajib dengar suara Pakya Hussin. Saya hanya boleh buat bagi web ini jadi web saham terbaik di Malaysia hanya kalau Pakya Hussin dah mati. Kalau dia masih hidup sori la. Setakat sifu-sifu forex /saham yang tayang Mustang, yang bila kita pergi kelas dia, dia upsell suruh masuk kelas VVIP PREMIUM, saya berani jamin ajaran web cabuk ni lagi bagus, tapi kalau nak lawan Pakya Hussin saya tak berani. Nak tulis web ni pun saya minta halal dulu dengan dia tau.

Betul ke Pakya Hussin ni sifu saham, betul ke dia trade? Entah-entah makan duit dari kelas je.

Dia banyak je share trade dia. Yang rugi pun berlambak dia share. Waktu awal-awal dulu waktu saya nak siasat dia ni scam ke tak pun saya study entry dia .Memang tak tipu. Kalau dia nak scam , kelas dia bukan harga RM400 la.

Sama ke apa yang belajar kat sini dengan belajar dari Pakya Hussin?

Silibus hampir sama. Tapi Pakya Hussin lagi detail . Banyak benda yang saya memang tak boleh dan tak akan boleh lawan Pakya Hussin sampai akhir waktu.

Pakya Hussin ni legend tak legend, dia buat screener sendiri. Dia macam Isaham tapi dia one man army. Semua buat sorang-sorang. Belajar coding sendiri.Bina web sendiri. Buat masa ni semua orang boleh pakai screener dia.

  • Study corner

Yang ni yang saya paling paling paling suka. Student Pakya Hussin ada 8000 orang, dan ramai yang akan tanya soalan setiap hari. Yang bestnya , dia kumpul semua soalan dan dia letak di satu tempat , siap dengan video dia jawab soalan tu satu-satu. Jadi kita yang blur tak tahu nak tanya apa pun boleh belajar. Untuk orang yang suka belajar dengan jawab soalan past years question macam saya, anda memang sesuai join Pakya Hussin.

Ada yang tanya pendapat dia tentang kaunter panas pun dia jawab dalam tu. Dia tak bagi signal tapi bagi analisis. Kita akan nampak gaya dia fikir, gaya dia analisis, gaya dia pegang chart. Inilah benda paling berbaloi kalau kita join Pakya Hussin yang kelas VVIP PREMIUM DIAMOND PACKAGE Sifu saham mana pun takkan boleh bagi.

  • Jerung Indicator

Pakya Hussin sekarang tengah buat indicator sendiri untuk kesan jejak smart money. Katanya tiada jerung pun yang akan lepas detection indicator ni. Dia masih dalam fasa testing indicator ini dan tak buka lagi indicator ini untuk student dia. Data dia beli sendiri, server dia host sendiri.

Kalau dia berjaya buat indicator ini, Pakya Hussin dah boleh masuk Hall of Fame traders. Dia dah tak lawan dah dengan sifu-sifu saham Melayu biasa yang berebut nak iklan kat youtube. Dia akan berdiri sebaris dengan all time winner, Ed Seykota, Jesse Livermore , Mark Minervini, Steve Nison , Fred Tam dan trader-trader legend yang lain. Waktu tu lah seronok nak mengaku member. Lol.Kalau betul menjadi Jerung Indicator ni, saya orang pertama yang akan subscribe dengan Pakya Hussin. Sebutlah harga berapa pun saya akan masuk.

 

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment