Senarai No Deposit Bonus Broker yang saya jamin selamat

No Deposit Bonus Broker yang saya jamin selamat

Inilah senarai No Deposit Bonus Broker yang saya jamin selamat, untuk pastikan pembaca saya boleh mula trade tanpa modal sebelum anda pandai , saya akan cari dan try sendiri banyak mungkin segala broker di luar sana yang menjanjikan NO DEPOSIT BONUS. List ini akan diupdate sepanjang masa kerana saya akan ambil masa untuk try. 

Anda akan nampak dalam ni punya la susah nak dapat no deposit bonus ni. Bukan senang orang nak bagi duit free. Kadang-kadang ada broker ni scam dan dia hanya nak maklumat kita ja, untuk dia jual. Seram tak? Lepastu akan ada la nombor pelik-pelik call kita dari Cyprus , Australia. Jangan angkat kalau tak mahu kena cas roaming. Menangis tengok bill phone nanti. 

Macamana saya try? Saya akan daftar sendiri , trade sendiri, cuba profit dari broker tu dan saya akan withdraw profit lepas guna no deposit Bonus. Mungkin seminggu satu. Bookmark post ini , kalau bonus free anda dah habis, boleh rujuk ke sini untuk cuba broker baru. 

Syarat saya 2 je untuk semua broker yang saya cuba.

  1. Profit dari bonus mestilah boleh kita withdraw tanpa kita deposit duit kita.
  2. Syarat yang diletakkan broker tidaklah mustahil atau terlalu susah untuk pembaca newbie saya withdraw profit mereka. 

Adakah saya cuba ambil untung dari link affliate di bawah?

Saya pernah tulis dulu, antara trick cikgu-cikgu forex dan sifu-sifu saham ,mereka wajibkan untuk pakai link affiliate depa untuk belajar dari depa. Saya nak bagitahu siap-siap, link di bawah adalah link affiliate. Kalau hampa masuk dari link saya, saya dapat la untung sikit, buat bayar server dan renew domain, tapi nak beli Mustang tu jauh la. 

Saya adalah seorang doktor dan juga seorang trader . Untung saya datang dari chart, bukan dari web ni. Keputusan untuk buat konten web ni percuma kepada semua pun adalah satu tindakan yang merugikan dari awal buat saya. Kalau saya dah tahu ajaran saya boleh buat anda untung juta juta, kenapa saya tak jual mahal kan? Ramai je buat kelas harga 3-5k. Ajar benda sama juga. Dari awal lagi duit bukan matlamat saya di sini. Matlamat saya lebih berharga dari wang ringgit.  

Saya tak syaratkan anda daftar guna link affiliate saya untuk belajar di sini. Kalau hampa rasa saya tulis berpuluh -puluh tajuk secara percuma ni berguna bagi anda, sila masuk guna link saya. Duit tu boleh saya guna untuk maintain web ni , bantu orang lain pula. Kalau anda rasa apa saya ajar buang masa anda, jangan masuk guna link saya. Anda bebas memilih. Tiada paksaan.

Broker Yang saya pernah Guna

Nama BrokerJenis AkaunSpreadIslamikNo deposit BonusBadan yang memantau merekaDeposit minimumLeverage
Micro, Standard, Zero0-1 pipYA30 USDASIC, CySEC, IFSC,FCA,AFSL,DFSA5 USD1:888
Cent, Standard, Pro, Raw0.1-0.3YA30 USDFSA1USD1:3000
Micro, Cent, Standard, ECN, Zero-Spread0.5-3 pip (Kalau ECN rendah la)YA140USDCySEC, ASIC, FSCA, IFSC1USD1:3000

1. Review XM

Broker XM ni tak ada masalah. sepanjang 3 tahun saya guna. Nak withdraw senang,depo senang. No deposit bonus dia tak scam , memang betul. Tapi jangan withdraw selagi tak dapat profit 30 usd. Contohnya, kalau kita withdraw 10 usd, dia akan tolak dari bonus tu 10 usd.  Xm juga ada banyak bonus jenis lain. Contohnya, ada bonus yang kalau kita depo 10usd, dapat bonus 50% (5 USD) dan banyak contest yang best-best. Saya letak XM no 1 ! 

Dulu saya tak pernah hargai XM ni, ingatkan memang semua broker baik macam XM. Lepas saya mula try semua broker untuk buat post ni barulah saya tahu betapa susahnya broker untuk betul-betul bagi kita withdraw profit kita. Macam-macam syarat broker lain bagi. Yang scam pun banyak. 

Dipersilakan baca sampai bawah dulu review yang ikhlas ni baru hampa tahu susah senang nak claim profit lepas trade  No Deposit Bonus ni. Kadang-kadang orang yang baik dengan kita, kita susah nak hargai. Lepas saya kenal broker lain , saya bertambah sayang pada XM! Muuuah!!!

KALAU NAK RASA NO DEPOSIT BONUS DEPA BOLEH DAFTAR DI SINI

 

2. Review Just Forex

Just Forex ni  ok sepanjang 2 tahun saya guna. No deposit bonus dia macam XM. Dulu Just Forex lagi best sebab dia ada akaun ECN, tapi sekarang dia tukar jadi akaun Raw. Spread kecil juga tu.Bonus lain macam XM pun ada je.  Saya cuba usahakan untuk orang yang trade dari Just Forex dapat autorebate . Maksudnya, komisyen yang saya dapat setiap kali hampa trade , saya bagi balik pada anda. Saya nak tolong saja. Just Forex akan kredit dalam  akaun hampa lepas hampa trade. Rebate tak dapat dari No Deposit Bonus. Kalau nak daftar tekan link ni atau banner bawah ni. 

https://clicks.pipaffiliates.com/c?c=598619&l=en&a=true

JustForex

3. Review FBS

Yang ni ramai orang gelap mata sebab FBS janji nak bagi 140usd no deposit bonus. Tapi bukan senang nak dapat tu.Broker FBS ni  nak kita trade 5 lot dalam masa 40 hari baru boleh dapat. Setiap kali trade dia hanya bagi kita guna 0.05 lot , itu pun kena layer sebab dia hanya bagi guna 0.01 lot dalam satu entry. Saya trade 2 hari pakai broker ni, lepas dapat 53 usd profit baru saya sedar, yang saya baru trade 0.14 lot .(0.01 lot 14 kali) Saya pula bukan scalper, trading cara saya di forex takkan ada setup sepanjang masa. 

Lambat lagi nak dapat 5 lot tu.Berjanggut tunggu ni ha…

 

Secara matematiknya, hampa kena trade at least 0.13 lot sehari selama 40 hari untuk layak withdraw dari profit bonus tu. Banyak tu. 0.01 x 13. Memang kena scalping. Sesuai untuk orang baru belajar la. Bila baca review dia, saya rasa sangat serabut. Satu kumpulan cakap bagus sangat FBS ni, satu kumpulan pula sangat bengang sebab katanya susah nak withdraw lepas dapat profit. Nak kata yang komen bagus-bagus tu paid review macam di Shoppee susah juga sebab broker ni boleh dipercayai, siap sponsor Barcelona FC lagi. 

Saya dah miss 6 hari untuk trade di akaun FBS media ni. Bila dah miss , dia kira gagal. Hangus profit 72 USD. Saya malas nak cuba dah. Punya letih scalping siang malam, baru pakai 0.36 lot. Saya mengalah , kalau ada yang nak cuba silakan.

4. Review Robo Forex

Robo Forex ada 30 USD welcome bonus , tapi kena deposit 10USD baru layak dapat bonus tu. Kalau kena depo baru dapat no deposit bonus, kira bukan no deposit bonus la. Jadi saya tak try terus. 

5. Review Fresh Forex

Saya ingat syarat bonus FBS dah cukup susah dah tapi rupanya Fresh Forex lagi susah. Broker Fresh Forex ni bagi 30 usd tapi kalau kita profit dari 30 USD tu , perjalanan kita sangat jauh untuk withdraw untung tu. Katakanlah saya profit 100 usd lepas trade guna 30 usd dia tu , saya kena deposit dulu 100 usd duit saya sendiri . Tapi itu pun masih tak dapat lagi withdraw 100 usd tu.  Saya kena pula trade 1 lot untuk setiap 5 usd profit yang kita buat tadi dalam masa 30 hari. Jadi untuk withdraw 100 usd tu , saya kena tambah 100 usd , dan kena  trade 20 lot  pula dalam masa 30 hari. Banyak tau 20 lot tu ! Silap-silap boleh loss balik profit asal 100 usd tu kalau anda terlalu newbie! Maka sebab itu, saya tak try  Fresh Forex ni.

6. Review Vantage FX

Vantage FX ni broker yang sapu bersih  lebih 11 award untuk broker paling selamat dalam tempoh 10 tahun lepas. Vantage FX adalah antara broker premium  yang  offer bonus macam kita cari. Dah la ada ECN. Kalau kita pergi beli baju kat pasar malam boleh la minta diskaun bagai, tapi bila masuk butik Adidas nak tunggu offer pun susah, kan? Vantage FX tu premium macam Adidas la maksud saya. Sebab itu saya excited bila Vantage Fx bagi bonus. Broker ECN ni biasanya banyak target High End Client.  Bukan senang tau broker premium nak bagi bonus.Tapi Vantage FX tetap bagi bonus walaupun dia premium. Tapi sayangnya dia tak bagi orang negara Malaysia masuk dalam promosi dia. Sedih betul. Siapalah yang buat onar kat Vantage FX ni sampai satu Malaysia kena ban ni?

7. Review Windsor  Broker.

Sekarang ni saya tengah try Windsor Broker. Dia bagi 30USD no deposit bonus. Syarat dia tak ketat sangat dan logik untuk dicapai. 

  • Untuk withdraw, profit kena sama atau lebih dari 30USD. 
  • Minimum lot kena trade 0.5 lot untuk dapat profit tu. 
  • Bonus ini valid untuk tempoh 6 bulan.

Saya dah register tapi tak dapat lagi pun 30 USD tu, tak larat nak email broker dah, tak ada orang reply lagi. Kalau boleh guna saya update  balik ya.

8. Review Super Forex

Broker Super Forex bagi 50 USD sebagai No Deposit Bonus. Katakanlah saya untung 60 USD dari modal asal yang dia bagi.

  • Maksimum profit yang saya boleh withdraw lepas guna no deposit bonus adalah 50 USD sahaja.
  • Kalau saya nak kena withdraw 50 USD dari Super Forex,saya kena trade pula dengan jumlah 1 lot=1 usd.
  • Kalau nak withdraw 50 USD kena trade 50 lot.
  • Maksimum lot untuk satu trade adalah 0.5 lot.
  • Maknanya kalau anda dah dapat profit 50 usd lepas trade bonus tu , anda kena trade 100 kali lagi dengan lot 0.5 untuk withdraw.

Saya rasa student baru sangat susah  untuk dapat withdraw no deposit bonus Super Forex ni. Yang dah otai nak try silakan , yang newbies saya tak pasti anda boleh withdraw kalau syarat dia macamni.

9. Review Grand Capital

Dalam banyak-banyak broker , saya rasa Grand Capital la yang paling banyak sekali No Deposit Bonus dia.

  • Grand Capital bagi 500 USD No Deposit Bonus.
  • Kita kena trade guna duit bonus tu dalam masa 7 hari je.
  • Lepas 7 hari , kalau ada profit , Grand Capital letak 2 syarat.
  • Katakan saya profit 100 USD , untuk withdraw 100 USD tu saya perlu deposit 100 USD , lepastu kena trade pula 1 lot untuk setiap 5 $ profit saya.
  • Jadi lepas saya deposit 100 USD dan trade  20 lot dengan leverage 1:100 , baru saya boleh dapat withdraw 100 USD tu.

Tanpa merendahkan Grand Capital, saya rasa student newbie saya takkan mampu untuk withdraw dengan terms and condition sebegini.

9. Review Hot Forex

Kalau kita search kat google, Hot Forex duduk no 4 kalau kita cari no deposit bonus. Saya dah daftar dan validate account tapi masih tak dapat no deposit bonus. Saya email support , mereka sahkan yang Hot Forex dah tak buat no deposit bonus.

10. Review MTrading

Mtrading menjanjikan 30$ no deposit bonus pada kita. Syarat dia macamni.

  • Minimum profit yang kita boleh withdraw adalah 100$ dari Mtrading.
  • Kena trade 5 lot dulu dalam masa 40 hari.
  • Semua trade kena leboh dari 3 minit. Yang nak scalping waktu news (NFP ,FOMC) kena beringat.
  • Saya rasa pembaca saya mampu withdraw bonus ni sebab leverage dia 1:1000, tak macam broker lain yang hanya bagi 1:100 untuk trade no deposit bonus. (Ini maksudnya anda boleh rugi atau untung lebih laju jika guna leverage tinggi.)

Bila saya dah try, baru saya tahu yang dalam no deposit bonus MTrading , ia akan cas swap (rollover fee). Jadi , kalau trader Islam yang nak trade guna Islamic account, masih boleh guna MTrading, tapi bonus dia ada swap. Jadi saya tak teruskan try.

11. Review Tickmill

Tickmill juga menjanjikan 30$ no deposit bonus. Broker ni trusted dan dah lama tapi untuk nak withdraw profit dari bonus, kita kena deposit dulu 100 USD. Jadi ini melanggar kriteria broker yang saya nak cari untuk pembaca newbie saya. Jadi saya tak try terus.

12. Review Velocity Trades

Velocity Trades bagi 30$ untuk no deposit bonus. Tapi yang tak bestnya , bonus dia juga ada swap. Pembaca non muslim boleh try, saya tak boleh nak try.

13. Review Insta Forex

Insta Forex bagi 1500$ no deposit bonus. Syarat dia gini.

  • Nak withdraw profit dari bonus tu kena deposit juga.
  • Saya juga kena trade 3lot  x profit saya untuk layak withdraw.
  • Katakan saya untung 100 USD , saya kena deposit 100 usd dan kena trade 300 lot untuk withdraw profit tu.

Yang dah pro mungkin boleh cuba, tapi saya rasa pembaca saya yang baru nak merangkak kenal chart, macam tak mampu nak trade 300 lot tanpa rugi balik profit yang dia dapat. 

 


  • Jadi saya dah bagi anda 30 usd +30 usd   =60 usd sebagai no deposit bonus. Trade guna ni dulu. 
  • Yang nak daftar guna nama mak ayah, jangan guna phone yang sama dan ip adress yang sama, silap-silap boleh kena ban terus akaun, burn duit dalam tu.
  • Saya tak  rekemen ya, cara menggunakan nama ahli keluarga untuk sapu no deposit bonus tu, satgi marah pula broker kat saya. 
  • Saya akan try broker lain yang bagi no deposit bonus yang boleh dipercayai dan update di list ini. 
  • Kalau saya buat post review ni untuk sapu komisyen, berlambaklah broker yang saya akan suggest.
  • Anda boleh lihat sendiri , kriteria pemilihan saya amat ketat untuk lindungi student saya.
  • Saya nak semua pembaca entrybiru masuk tanpa modal.
  • Kalau betul anda seorang newbies, pergi baca habis dulu silibus yang saya tulis, jangan gatal tangan lagi nak trade.
  • Belajar pakai modal broker dulu sebelum pandai.
  • Jangan entry secara kamikaze dan masuk lot gajah sebab dah tahu ini duit free.
  • Kalau ada mindset macamni, baik pergi beli nombor ekor. 
  • Cuba anggap kalau loss duit ni , ia akan makan modal anda, barulah anda akan lebih serius.
  • Disiplin itu benda paling penting yang trader kena ada.

Sekian dulu. Terima kasih.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment