13. Moving Average dan Cara Trade dengannya
Apa Itu Moving Average?
Nak cakap bagi mudah paham, Moving Average (MA) ini adalah purata bagi close price untuk beberapa hari lepas untuk satu saham. Contohnya.
- 20 MA adalah purata close price bagi 20 hari lepas
- 50 MA adalah purata close price bagi 50 hari lepas
- 200 MA adalah purata close price bagi 200 hari lepas
Buat apa nak kira purata pulak ni? Macam pelik je.
Cara Kenalpasti Perubahan Harga
Bang, saya nak tanya, kalau kita nak beli durian, macamana kita nak tahu mahal ke tak harganya sekarang?
Jawapannya adalah kita bandingkan harga hari ini dengan harga yang kita beli musim lepas. Contohnya, Kalau bulan lepas kita beli harga RM5 sekilo dan kalini kita jumpa durian sekilo RM 8 , mesti kita rasa mahal dan tak beli lagi durian buat masa ini. Kan?
Bukan setakat saham je bang kita guna moving average , dalam chart Covid 19 kes harian pun guna moving average. Tujuannya untuk banding , kes harini tinggi ke rendah dari purata beberapa hari lepas.
sumber https://covidtracking.com/data/charts/us-daily-positive
Ini adalah chart kes Covid 19 harian di US. Garisan merah adalah purata kes 7 hari yang lepas dari tarikh garisan tersebut.
- Di A , jumlah kes lebih tinggi dari garisan merah. Ini tandanya kes ketika itu lebih tinggi dari purata 7 hari sebelum tarikh A. Bahayanya US pada waktu ini !
- Di B, jumlah kes lebih rendah dari garisan merah. Ini tandanya kes ketika itu lebih rendah dari purata 7 hari sebelum tarikh B. Leganya orang US ketika ini !
- Di C, jumlah kes sama tinggi dengan garisan merah. Ini tandanya kes hampir sama dengan purata 7 hari sebelum tarikh C. Pengarah KKM US mesti rasa selesa waktu ini kerana kes waktu C tidak naik.
Perhatikan juga kecerunan line merah.
- Di A , line merah upsloping (cerun naik ke atas), maknanya trend 7 hari lepas tengah naik.
- Di B , line merah downsloping ( cerun turun ke bawah), maknanya trend 7 hari lepas tengah turun
- Di C, line merah hampir sideway (mendatar) , maknanya trend 7 hari lepas mendatar.
Kenapa saya guna 3 MA?
Dengan guna 3 MA , saya akan dapat gambaran lebih jelas tentang pergerakan harga. Contohnya,harga pada line kuning maknanya harga lebih tinggi dari purata 200 hari lepas, 50 hari dan 20 hari lepas. Ketiga-tiga line ini pula makin naik. Kalau saya buy di waktu line kuning, saya gembira kerana trend sekarang menaik.
Bagaimana nak guna Moving Average?
- Sebagai support dan resistance
- Untuk tengok kekuatan trend
- Untuk tentukan market stage (lihat tajuk market stages)
- Untuk tengok sejauh mana jarak price mencapah dari moving average.
Moving average sebagai support dan resistance
Jika MA berada di atas price, ia akan menjadi resistance untuk price itu. Bila price naik atas, susah nak tembus area tu dan bagai bola pingpong price jatuh ke bawah.
Kalau ia ada di bawah price, ia akan menjadi support untuk price itu. Bila price jatuh ke bawah, susah nak tembus ke bawah dan price pun melantun ke atas.
Untuk faham lebih mudah, kita ikut perumpamaan yang Pakya ajar. Anggaplah kekuatan setiap MA seperti berikut.
- 20 MA sebagai kain
- 50 MA sebagai papan kayu
- 200 MA sebagai lantai simen
Bila harga jatuh dan tembus 20 MA dan 50 MA tapi tak mampu tembus 200 MA (lantai simen), maknanya support di situ amat kuat.
Rebound / pullback to Moving average.
Pullback ni secara mudahnya adalah bila price kena moving average dan dia melantun naik balik dan meneruskan kenaikan. Kalau anda nak sell terbalikkan saja definisi ini.
Bila price pullback ke moving average, kita akan cuba buy di sini. Dari pengalaman saya, kalau tak pandai buy di pullback , memang sakit hati .Semua kejatuhan harga bermula dari pullback la kan? Jadi macamana kita nak tahu, pullback ni betul nak naik balik ke atau nak terjun terus? Dengan bantuan pengalaman, Pakya dan buku, saya ada rule sendiri untuk trading pullback.
- Kalau price pullback lebih dari 50% , jangan masuk. Biar kaunter tu buktikan kekuatan dia balik baru masuk
- Pullback mestilah kena low volume , atau decreasing volume.
- Pullback terbaik adalah pullback yang tak close di bawah moving average
- Kalau nak buy di pullback, biar price buat price action yang baik baru beli. Beli awal tak guna bang kalau terjun terus.
- Pullback ke 20 MA bersifat short term dan spekulatif , bersedia untuk take profit awal kalau setup ni
- Pullback yang kita cari adalah pullback 50 MA seperti 2 setup di bawah.
a)Dalam rule ini, price tak pernah tembus atau close di bawah moving average. Puas kalau dapat yang macam ni.
Krono 2017 bagi contoh yang terbaik dalam kes ini.
b)Kita nak descending trendline itu tak tembus 50 MA.
Descending trendline dalam contoh ini tak tembus pun 50 MA. Sentuh sentuh dengan shadow geli geli itu dimaafkan.
Pullback macam ni nak masuk ke bang? tengok rule no 1. Biar price buktikan kekuatan dia dulu. Kita bukan nak beli kaunter yang murah, kita nak beli kaunter yang kuat.
Kalau price pullback lebih dari 50% , jangan masuk. Biar kaunter tu buktikan kekuatan dia balik baru masuk
Perhatikan volume yang rendah dalam contoh ini. Ini bukti pada rule ke 2. Volume yang rendah menandakan tidak ada banyak seller yang mahu jual di sini, jadi harga tidak jatuh. Contoh ini juga baik untuk menerangkan rule ke 3.
Pullback mestilah kena low volume , atau decreasing volume.
Pullback terbaik adalah pullback yang tak close di bawah moving average
Haa yang ni macam mana pulak bang? nak masuk terus ke? Kalau sayang duit ingat rule ke 4.
Kalau nak buy di pullback, biar price buat price action yang baik baru beli. Beli awal tak guna bang kalau terjun terus.
Menggunakan Moving Average untuk lihat kekuatan trend
Bila kita trade menggunakan moving average, kita cari MA yang menaik ke atas, tak mahu yang sideway atau menurun. 3 3 line mesti tunjuk ke atas.Tak nak ke bawah atau mendatar. Macam PA April 2021 ni.
Menggunakan Moving Average untuk lihat sejauh mana price mencapah dari moving average
Price tengah naik laju macamni , nak beli tak? Tak beli rugi ni kan?
Teeet.. Salah. price buat correction ke 20 MA. Ingat jika price terlalu jauh dari MA , ia akan buat pembetulan ke MA yang terdekat. Kalau boleh , kalau nak beli kaunter apa pun, pastikan jarak dia dengan MA tak jauh. Mat saleh cakap let the moving average hug the price. Kenapa jadi macamni ? Ingat tak kisah durian tadi? Bila harga durian terlalu mahal, orang akan kurang beli.Demand akan jadi kurang dan paklong yang jual durian akan turun harga. Nak turun sampai mana? Ha ! di sini la gunanya moving average. Price akan turun buat correction /pembetulan sampai ke purata harga lamanya. Paklong akan turun harga yang mahal ke harga yang dia rasa ramai pembeli. Ini analogi mudah untuk faham moving average.
Tonton video ni, insyaALLAH lebih faham bab MA ni 🙂
Sekian terima kasih. Kalau ada point yang saya kurang jelas, whatapps dan saya akan update post ini sampai semua pembaca paham.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!