8. Market stages dalam Saham/Forex

Tajuk Market stages dalam Saham/Forex ni kalau tak faham, alamatnya kita akan MC je tak sudah-sudah.Untuk orang yang pernah MC sehari 3 kali, saya rasa sayalah orang paling elok cerita pasal ni. Supaya entri hampa semua bila masuk-masuk terus biru.Tak jadi Mat Depo macam saya. Saya akan cuba terang dengan cara paling senang faham Market stages dalam Saham/Forex ni. Market ada 4 stage.

  1. Accumulation Phase ( Fasa kumpul modal)

  2. Mark up Phase ( Fasa naikkan harga)

  3. Distribution Phase ( Fasa pembahagian keuntungan )

  4. Mark Down Phase ( Fasa turunkan harga)

“Market stages dalam Saham/Forex”, Nak kenal setiap stage ni senang. Mark Minervini dan Pakya pakai cara yang sama macamni.Cukup mudah tapi berkesan. Pakai moving average je. Tengok kat Timeframe daily.

Market stages dalam Saham/Forex 1

Stage 2 dengan stage 4 tu senang nak tengok, tapi nak tentukan stage 3 tu susah sikit, saya ada kajian asing mengenainya yang saya mudahkan dalam tajuk Sell Criteria nanti. Stage 3 ni nampak jelas bila dah mula stage 4. Kalau dah jadi stage 4, harga dah turun barulah kita tahu secara pasti , mana stage 3. Tak berguna la kan macamtu? Dah habis semua orang sell , baru kita tau secara pasti stage 3 tu. Takpa, nanti bila hampa tengok kajian saya pasal stage 3 , lagi mudah hampa nak decide. Jangan risau insyaALLAH nasib hampa tak semalang saya kalau dah faham Market stages dalam Saham/Forex ni.

Prinsip market stages

  1. Market stage takkan skip stage, sampai bila- bila akan jadi 1 kemudian 2 kemudian 3 kemudian 4 kemudian balik 1 balik. Takkan jadi. 1> 3>4>2
  2. Buy di S2 sell di s3.
  3. S1 hanya nampak jelas lepas jadinya s1.
  4. S3 hanya nampak jelas lepas jadinya s4.
  5. Barangsiapa tak kenal S3 , buang masa trade saham/forex sebab anda takkan tahu bila nak TP (take profit). Baik berhenti trade , apply kerja kerajaan, pencen pun dapat.

Market stages dalam Saham/Forex 2

Market stages dalam Saham/Forex 3

Kalau ada pembaca yang ada pengetahuan asas pasal saham nampak contoh ni, mesti dia cakap, lambatnya Dr Asyraf kenalpasti S3 dalam Market stages dalam Saham/Forex ni , harga dah terjun Pandalela Renong dengan gap baru dia nak sell?

Jangan risau, nak kenal top , nak untung maksimum saya tak ajar lagi. Kat sini kita kenal Market stages dalam Saham/Forex dulu. Nantikan kajian saya dalam tajuk Selling Criteria. Simpan ketidakpuasan hati anda dalam-dalam , dan hadam Market stages dalam Saham/Forex ni dulu.

Kisah benar di sebalik Market stages dalam Saham/Forex

Kisah ini saya reka untuk jawab semua soalan ini.

  • Macamana harga saham boleh naik?
  • Kenapa harga saham boleh turun?
  • Kenapa ada news dalam saham ?
  • Kenapa mesti ada market stage 1 , 2 , 3, 4?
  • Siapa yang untung di sebalik tabir ? (jeng jeng jeng)

Kisah Pak Mat dan Lembu-lembunya

Market stages dalam Saham/Forex 4

  1. Pakmat ada 1000 ekor lembu.
  2. Dia bercadang untuk jual semuanya untuk beli Hilux baru.
  3. Kalau Pakmat jual serentak 1000 ekor, harga akan turun, sebab supply melebihi demand.
  4. Jual barang secara borong, orang ambil harga pukal, Pakmat nak jual dengan harga pasaran.(harga lebih mahal)

Accumulation phase (Stage 1)

  1. Pakmat pergi ke Kedai Kopi Pak Munawer, buat cerita kononnya lembu dari luar dah banyak kena covid, lembu dia saja yang sihat dan selamat dimakan.
  2. Pakmat juga cakap , Raya Haji ni, ramai nak beli lembu, mungkin harga akan naik. Kalau lagi ramai lembu luar dah kena covid, harga lagi naik.
  3. Pakmat buat News untuk accumulate buyer dan create demand.
  4. Ramai orang beli lembu dari Pakmat selepas cerita itu.
  5. Harga lembu Pakmat kini RM 500 seekor.

Mark up phase(Stage 2)

  1. Bila ramai yang beli , Pakmat sedar yang lembunya ada had.
  2. Kalau habis 1000 ekor itu dijual , habislah bisnes Pakmat. Dah tak boleh jual lembu lagi.
  3. Bila orang berebut untuk beli pada harga RM500 , ada yang sanggup bayar Rm510 seekor untuk beli lembu itu.
  4. Makin ramai buyer, makin ramai orang berebut, makin tinggi harga.
  5. Contohnya dalam satu hari, kalau 100 orang berebut beli lembu, harga akan naik lebih laju kerana ramai orang bida dengan harga lebih tinggi.
  6. Dengan harga bidaan lembu yang makin naik, setiap hari harga akan jadi lagi tinggi.
  7. Ramai orang kampung yang sedar naik turun harga ini, mereka beli lembu pada waktu tak ramai orang beli , (harga murah) , dan jual balik pada Pakmat dengan harga semasa yang lebih tinggi.
  8. Menyedari stok lembunya yang makin kurang, Pakmat pun beli balik lembu itu kerana tahu harag boleh naik lagi tinggi.
  9. Bila orang kampung sell ramai-ramai, harga turun balik.
  10. Pak Munawer pula, pajak tanah dia dan bercadang beli 200 ekor lembu.
  11. Bila Pak Munawer sedar , harga naik cepat bila beli sekali gus, dia beli lembu itu sedikit demi sedikit. Setiap hari beli 10 ekor.
  12. Pak Munawer beli setiap kali orang kampung jual , untuk dapatkan harga yang murah.
  13. Bila cukup order Pak Munawer (200 ekor) , dia pun HOLD positionnya.

Pak Munawer= Smart Money/ Big Player/ Insider

Orang kampung = Retail trader

Distribution Phase (Stage 3)

  1. Pakmat makin tamak. Duit yang dia kumpul untuk beli Hilux dah lama cukup. Sekarang dia nak beli Ferrari pulak, macam cikgu-cikgu Forex dan sifu sifu saham.
  2. Dia risau, kalau habis 1000 ekor lembunya dijual, bagaimana dia nak berniaga lembu lagi?
  3. Harga lembu pula makin naik , hari demi hari.
  4. Orang kampung pula makin galak menjual beli lembu, hari-hari berebut nak beli.
  5. Yang tak beli lagi pakat buat loan bank beli lembu, kerana trend harga lembu tak turun turun.
  6. Mereka menyangka harga akan naik selama-lamanya.
  7. Pakmat nekad, dia pergi sekali lagi ke Kedai Kopi Pak Munawer , untuk sebar cerita (news) baru.
  8. Pakmat cakap, lembu kampung sebelah dah mula dapat vaksin, dan lembunya dah tak istimewa lagi, kerana lembu lain pun sudah sihat.
  9. Bila Pak Munawer tahu berita ini, sebelum dia sebarkan cerita ni kat orang, dia jual semua 200 ekor lembunya.
  10. Orang kampung yang berebut nak beli lembu, terkejut stok lembu dah ada balik dan beli kesemua lembu Pak Munawer.
  11. Pak Munawer sell pada demand yang tinggi. Dia selling into the strength of market.
  12. Harga lembu naik mencacak.
  13. Orang kampung seronok kerana pelaburan mereka berhasil.
  14. Pak Munawer seronok sebab dapat Take Profit.

Mark Down Phase (Stage 4)

  1. Bila Pak Munawer dah jual habis 200 ekor lembunya, berita buruk Pakmat dah tersebar.
  2. Ramai orang kampung terciduk kerana beli pada harga yang sangat tinggi.
  3. Ramai-ramai orang ke rumah PakMat untuk jual balik lembu mereka.
  4. Pakmat beli balik lembu itu, tapi dia cakap, dia takkan mampu beli semua sebab dia tak cukup duit.
  5. Ramai orang kampung jual juga lembu, walaupun pada harga yang sangat murah , untuk elakkan kerugian yang lebih besar.
  6. Pakmat seronok bila harga turun balik, dan dia dapat beli semula lembu dengan harga diskaun.
  7. Bila lagi ramai orang sell , lagi teruk harga terjun dengan candle sebatang. Pakmat untung berganda-ganda.
  8. Dengan cara ini, Pakmat sedar, walaupun dia ada 1000 ekor lembu, tapi dia boleh jual beli lembu itu berkali kali.
  9. Walaupun dia ada 1000 ekor lembu, tapi kalau dia jual setiap lembu itu 10 kali, dia boleh dapat profit jual 10,000 ekor lembu.
  10. Pakmat tersenyum keseorangan, dia akan ulang proses ini selama – lamanya.

Market stages dalam Saham/Forex 5

Semua cerita tadi saya terjemah pada chart ni. Betul tak saya kata dulu, yang kita belajar technical analysis ni sebab nak belajar kerenah perangai manusia?

Soalan saya sekarang pada hampa semua, kalau diberi pilihan, hampa nak jadi Pak Munawer ke jadi orang kampung?

Pak Munawer melambangkan big player, smart money , institutional investor, bank dan hedge fund.

Orang kampung melambangkan kita, retail trader. Nak paham tajuk Market stages dalam Saham/Forex ni, boleh singgah di tajuk Smart Money vs Retail trader. Domo Arigato sekian saja topik Market stages dalam Saham/Forex.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment