6. Kenapa kena belajar Technical Analysis?

Soalan yang banyak student saya tanya tentang technical analysis/analisis teknikal saham adalah seperti berikut

  • Kenapa kena belajar pasal line biru merah, kena tahu candlestick pattern semua ni?
  • Nampak macam merepek je, takkan harga nak patuh ikut line tu?
  • Berkuasa sangat ke line tu, candle semua tu sampai market kena ikut dia?
  • Merepek tengok chart ni, baik baca Quarter report sesuatu syarikat, baca news! Nampak la cerdik sikit dari termenung tengok chart tu hari- hari.
  • Baca line-line ni nampak macam judi pun ada, macam tilik nasib guna line tapak tangan!

Silap besar anak-anakku kalau hampa fikir macamni.

Sebenarnya kita belajar technical analysis ni untuk baca emosi manusia. Kita nak study perangai jutaan trader pada saat itu. Emosi dalam trading ni ada 2 je bang , tamak dan takut.

Contoh dalam gambar ni .

  1. Bila price rally naik sebatang dengan candlestick (CS) yang wide spread , kuat macam tu, ramai la yang nak kejar harga. Ramai yang tak mahu terlepas untuk beli dan nak untung. Jadi, emosi di sini adalah tamak.
  2. Bila orang -orang yang beli dari bawah ramai yang jual, price pun turun meninggalkan ekor yang panjang membentuk cs shooting star.
  3. Maka terciduk dan rugilah geng-geng yang kejar harga tadi.
  4. Cs seterusnya adalah doji, menceritakan indecision dalam market. Pembeli dan penjual sama banyak ketika ini. Tak ada keputusan. Geng kejar harga tadi tengah terduduk memikirkan nak jual ke nak hold.
  5. Cs merah yang wide spread seterusnya yang turun sebatang menunjukkan ramai yang jual dari beli. Jadi harga pun turun. Yang geng kejar harga tadi takut rugi lagi banyak. Emosi yang mendominasi di sini adalah takut.

Trader newbie hanya nampak candle merah dan hijau saja dalam gambar ini, tapi professional trader faham gambaran emosi market ketika ini dan bertindak mengikut isyarat market. Dia boleh bayangkan berapa ramai yang menangis di sini kerana akaun hangus kerana tamak kejar harga. Trader berpengalaman pun bukan Nujum Pak Belalang. Dia tak boleh ramal masa depan , tapi dia faham isyarat dari chart dan terjemahkan isyarat itu dalam trade dia.

Jadi ketika trader newbie tadi merungut kenapa lah kena hafal CS pattern , trader yang professional tahu yang kita tak perlu hafal pun semua benda ni. KENA FAHAM sahaja.

Chart pattern is not a cause, but it is the effect.- Mark Minervini

Price takkan turun bila chart tunjuk bearish engulfing tapi bearish engulfing itu adalah terjemahan kepada emosi trader pada waktu itu. Macam kita sakit dada jumpa doktor, doktor buat ECG. Tengok-tengok kena serangan jantung. Bukannya kertas ECG tu punca kita kena serangan jantung tapi ia adalah terjemahan pada sikap kita yang suka makan tak ingat dunia, isap rokok dan malas bersenam.

Technical analysis tak boleh meramal masa depan, tapi boleh terjemah keadaan market sekarang dan kita yang akan buat keputusan berdasarkan maklumat yang ia bagi.

Tak boleh ke trade ikut news saja?

Saya tahu , ramai juga yang trade ikut berita/news. News cakap syarikat xyz dapat kontrak 3 juta , dia pun beli . Jom kita bincang pasal ni. Tahu kan, tak semua news yang keluar tu betul? Kadang- kadang news yang baik dikeluarkan untuk bagi peluang smart money jual saham dia yang banyak . Kita tengok contoh ini.

Pada 31 Oktober 2007 , news keluar dari Quarter Report menyatakan Crocs untung. Hari keesokannya harga turun 36% dalam masa sehari. Crocs ambil masa 14 tahun untuk pulih dari kejatuhan itu. Di bawah adalah chart Crocs pada 21/4/2021.

Jangan percaya signal , news , rumors tapi tengok apa yang market buat. Jangan copytrade orang kalau nak berjaya.

Dalam trading ini, biar telinga pekak takpa, jangan buta mata.

Bila group telegram sebelah share news, biar kat dia. Kita buat kerja kita. Kalau news itu betul , kita akan nampak dalam chart. Price action akan tunjukkan kebenaran news. Biar masuk lewat sikit takpa. Kalaulah memang betul news itu cakap syarikat XYZ untung besar, kalau kita seorang saja beli saham tu dengan harga RM 100 , takkan naik harga. Harga digerakkan oleh duit yang banyak , kalau smart money masuk buy, baru bergerak harga tu bang.

Kalaulah kita menyamar jadi tukang sapu di syarikat XYZ , pasang perakam di bilik mesyuarat depa, dan kita dapat tahu bahawa esok syarikat tu akan untung. Kalau betul news tu betul pun, takda gunanya kalau kita seorang je dalam dunia yang tahu. Kalau smart money tahu , dan dia masuk, barulah harga naik.

Dari dulu sampai sekarang, perasaan manusia pada news yang mengubah harga, bukan news ikut sendiri. Kalau kita rasa news itu baik, tapi smart money dan insider tahu semua news itu tipu, harga takkan naik.

Ingatlah sampai mati market digerakkan oleh manusia, dari dulu sampai kiamat , market tak pernah silap tapi anda yang silap.

Sekian dulu topik Kenapa kena belajar Technical Analysis, harap ilmu disampaikan masuk dan lekat terus dalam sistem kognitif hampa semua!


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment