14. Japanese Candlestick dan cara trade dengannya

Asal Usul Japanese Candlestick

Candlestick (CS) datangnya dari Jepun. Dari tahun 1800 lagi Jepun dah mula trade padi guna CS. CS kemudiannya dibawa masuk ke Barat oleh Steve Nison, dari sinilah lahirnya Japanese Candlestick. Mamat ni terjemah kitab-kitab Jepun dalam kajian dia. Dia Bapa Candlestick US. Mamat ni bukan kaleng-kaleng bang. Dia senior consultant Investment Advisor pada bank Meryll Lynch bang , bukan sekadar cikgu forex buat kelas 3 jam RM3k. Lepastu tayang Mustang.

Dia terjemah buku Jepun dan tulis buku ini. Japanese Candlestick Charting Techniques.

Pakya baca buku ni dan rekemen saya baca. Dari buku ini, saya simpulkan dan tulis web ini. Jadi pada orang yang malas baca buku dia, baca dari web ini pun dah boleh faham.

Kelebihan guna candlestick dalam trading

Bar chart.

Candlestick chart.

2 gambar di atas adalah chart yang sama. Sebelum Steve Nison bawa CS ke barat, begitulah cara orang US trade. Dalam CS chart, kita boleh nampak dengan jelas pembentukan shooting star yang boleh bagi kita maklumat awal untuk sell kalau kita dah beli dari bawah.

Tengok bar chart kat atas tu? Susah kan nak faham. Nampak sama je semua. Sebab inilah orang barat tinggalkan bar chart dan gunakan candlestick. Orang Jepun yang pandai melukis anime telah berjaya melukis gambaran yang lebih jelas pada chart. Cuma tinggal kita je nak faham ke tidak.

Anatomy Candlestick

Inilah dia candlestick. Yang tengah macam badan lilin tu kita panggil body. Yang macam sumbu tu kita panggil ekor / tail/ wick dan macam- macam lagi.
O= OPEN (harga market sewaktu buka CS ni)
H= HIGH ( harga tertinggi yang pernah harga capai dalam CS ni)
L= LOW (harga terendah yang pernah harga jatuh dalam CS ni)
C= CLOSE ( harga market semasa tutup CS ni)

Yang hijau adalah bullish candle. Yang merah adalah bearish candle. Di bullish candle kita boleh tengok, harga buka di O , turun sampai L ,naik sampai H, kemudian tutup di C. Kena faham betul konsep ni .

Continuation Pattern in Candlestick

Kalau nak ajar semua pattern, pakai tak trade dah kita ni, saya akan ajar konsep asas dan CS yang penting sahaja, dan yang paling penting, yang saya guna dan berjaya profit dengan ilmu itu.

Dalam web ini, saya akan ajar semua continuation pattern berikut.

  1. Gap
  2. In neck Thrusting Pattern
  3. Rising three Method

Reversal Pattern in Candlestick

Yang ni semua kena faham molek. Tak faham jangan trade.

  1. Hammer
  2. Hanging Man
  3. Engulfing Pattern
  4. Tweezer top/ Bottom
  5. Dark Cloud Formation
  6. Piercing Pattern
  7. Morning star/ Evening star
  8. Harami Pattern

Saya akan ajar sekali reversal chart pattern.

  1. Head and shoulder
  2. Triple top/ bottome
  3. Double top/ bottom
  4. Island Reversal

Haa, serabut tak lagi? Banyak kan kena tahu?

Jangan risau , ini bukan kelas hafazan. Cukup dengan faham, buat kerja rumah sikit dah cukup. Terima kasih semua.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment