5. Hukum trade forex halal?
Hukum trade forex halal?
Hukum trade forex halal? Forex halal ke haram? Soalan ni boleh bawa gaduh. hehe
Yang ramai dah tahu , forex ni haram kalau ikut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan kebanyakan fatwa dunia. Ustaz yang sangat dihormati dalam bidang kewangan Islam , Dr Zaharuddin juga cakap ianya haram.
Hukum trade forex halal? Habis tu yang ramai-ramai trade forex bawa kereta besar- besar tu haram ke?
Alasan paling kerap digunakan trader forex.
- Bank pun trade forex, yang tu halal pulak!
- Kami trade guna akaun Islamik
- Akaun forex kami swap free
- Leverage forex tak sama dengan leverage biasa.
Geng forex ni bukan jahil, kalau tanya dia kenapa dia trade dia bagi alasan ni.
Ni video Ustaz Dusuki tahun 2013
Ni video Ustaz Dusuki tahun 2019
Ni fatwa Majelis Ulama Indonesia pula
Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN) No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf)
Keputusan: Fatwa hanya mengharuskan jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini. Hukum trade forex halal?
Lagi hujah trader forex dari blog islam Indonesia
Bahwa jual beli valas di pasar tunai hukumnya boleh. Namun di pasar online, hukumnya diperinci:
- Haram, manakala harga tidak sesuai dengan saat pembeli memutuskan melakukan transaksi dengan saat transaksi tersebut diterima oleh penjual (broker).
- Boleh, manakala harga saat beli adalah sama dengan saat diterimanya transaksi oleh penjual (broker). Demikian jawaban singkat kami. Semoga bisa dipahami dengan baik. Kami selalu terbuka dalam menerima kritik dan saran dari para pembaca. Hukum trade forex halal?
Ada yang bagi dalil guna kertas kerja dari pengkaji Universiti Utara Malaysia ni.
KONTRAK TUKARAN MATAWANG ASING MELALUI INTERNET: SATU TINJAUAN HUKUM
Alias Bin Azhar, Mohd Zaki Zainol and Mohd. Nizho Abdul Rahman, ‘Kontrak Tukaran Matawang Asing Hukum trade forex halal?
Melalui Internet: Satu Tinjauan Hukum’
Bagi saya, kertas kerja ni menarik sebab dia bandingkan sistem leverage dalam forex dengan leverage biasa yang tak ramai orang perasan.
Boleh tengok artikel penuh dalam link atas tu, saya share kesimpulan di sini.
Berdasarkan perbincangan di atas, disimpulkan bahawa pendapat yang paling kuat mengenai pertukaran matawang ialah pendapat dari majoriti ulama‟ yang mengatakan pertukaran matawang asing dibenarkan dan mestilah berlandaskan syarat-syarat al-Sarf. Urusniaga yang tidak mematuhi syarat tersebut boleh menyebabkan urusniaga tersebut tidak sah atau batal. Hukum trade forex halal?
Selanjutnya, dicadangkan agar penubuhan Majlis Penasihat Syariah di platform urusniaga matawang asing melalui internet perlu diusahakan. Urusniaga ini semakin popular di kalangan umat Islam. Selain itu disarankan juga satu usaha untuk mewujudnya satu platform yang dikendalikan oleh broker Islam dan mempunyai kerjasama dengan bank negara, agar aktiviti pertukaran matawang asing berlandaskan undang-undang transaksi muamalat Islam dapat dilaksanakan mengikut maqasid Syariyyah.
Broker yang buat akaun islamik banyak dah, ada XM, FBS dan banyak lagi. Depa ni offer Swap Free trading untuk orang Islam. Hukum trade forex halal?
Apa itu swap?
Contohnya Pak Buyong buy GOLD dengan lot semut 0.01 dan tengah profit, entry dia tengah biru. Dia nak hold sampai esok sebab rasa macam boleh naik lagi tinggi pair GOLD tu. Untuk orang yang guna akaun biasa, mereka akan dikenakan riba (interest) dalam bentuk rollover fee kalau hold sampai esok. Orang yang pilih swap free akaun tak kena interest tu. Ramai je trader non Muslim yang ambil akaun Islamic untuk lari dari Interest tu.
Point yang trader Forex guna untuk counter Hujah Majlis Fatwa Kebangsaan
Dalam ni saya quote sebiji sebiji dari website Majlis Fatwa Kebangsaan ya, pembaca ada akal dan boleh nilai sendiri. Saya atas angin , tak ambil side, tak ambil port. Point trader forex tu pula saya ambil dari bertanya dari kebanyakan seasoned trader di Malaysia.
Kalau hujah trader di atas ni diguna pada Majelis Ulama Indonesia (MUIN), mungkin dah harus hukumnya forex ni. Mungkin sebab tu la kot ramai orang trade forex. Saya no komen. Saya tak masuk belah mana-mana.
Pening lalat tak?
Jadi haram ke halal? Yang kata halal , boleh bawa kertas kerja ni bincang dengan ustaz yang mahu mengkaji dan tak bias. Kalau anda boleh cari hujah satu-satu untuk counter pandangan ulama di Malaysia.Kalau trader forex boleh yakinkan satu orang yang berilmu dengan semua hujah mereka di atas, ESOK JUGA SAYA TRADE FOREX.
Forex halal ke haram?
Pandangan saya, saya malas nak counter hujah-hujah ulama , sebab saya tak buat kajian, nak baca satu-satu buku muamalat bukan senang.Dalam isu halal haram forex ni , ustaz yang cakap halal sangat yakin bahawa ianya halal , dan ustaz- ustaz yang cakap ianya haram, sangat yakin dengan pandangan mereka. Dalam Islam, semuanya boleh tertegak dengan hujah , soalannya ada tak satu trader forex yang boleh counter semua point ustaz yang cakap forex haram ni? Bukan kita nak bergaduh, kita cuma nak faham je.
Semua kita akan balik pada Allah , dan semua kita akan menjawab tentang apa yang kita buat di atas dunia. Di Akhirat nanti , kalau Allah tanya pastikan kita boleh jawab. Trader forex tak perlu risau apa pandangan manusia. Fikir apa nak jawab dengan Pencipta kita saja. Buat masa ini, saya trade apa yang pasti HALAL dulu. Kalau suatu masa nanti , kalau ada hujah yang kuat dan meyakinkan, mungkin saya trade forex juga.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!