28. Fundamental analisis mengikut cara Pakya
Fundamental Analisis Cara Pakya
Fundamental analisis adalah kajian pada sesuatu syarikat. Setiap 3 bulan, semua syarikat di BSKL akan keluarkan laporan kewangan (Quarter Report) mereka. Dia cerita la dia untung banyak mana, rugi banyak mana dan lain-lain. Serabut. Part Fundamental analisis ni mengantuk. Banyak kertas. Banyak tulisan rapat-rapat. @.@
Kalau kita ikut Fundamental analisis stail Pakya, benda ni mudah je.Pakai Fundamental analisis cara Pakya pun tak larat nak untung dah.
Ada beberapa term baru yang saya kena mudahkan tak bagi pening.
Semua gambar ni saya ambil dari Malaysiastock.biz. Masuk je kaweb tu, search stock apa hampa nak tengok. Cari 2 jadual ni. Tak banyak pun yang kita kena ambil tahun pasal Fundametal Analisis (FA) ni. Kena baca 2 table ni ja.
- EPS = Earning per Share.
Ia membayangkan berapa income company bagi setiap share yang dia ada. Benda ni lagi tinggi lagi bagus.Cara nak kira dia mudah saja.Bagi company yang bagi dividend
EPS = Pendapatan bersih (net income)- Dividend / shares ( berapa unit saham yang ada di bursa)Bagi company yang tak bagi dividend
EPS = Pendapatan bersih (net income) / shares ( berapa unit saham yang ada di bursa)Bagi contoh la senang faham sikit. Company A ada RM100 pendapatan bersih (net income). Saham Company A yang ada di BSKL ada 100 unit semuanya.
– Jadi untuk kita EPS = RM 100/ 100= 1
– Jadi senang cerita ,lagi tinggi EPS ni lagi bagus. - NP = Net profitIa adalah untung bersih syarikat lepas bayar cukai. Lagi tinggi lagi bagus.
- Revenue = total SalesCara kira Revenue= Harga barang Jualan x kuantiti barang yang terjual
- Share acquisition = Share yang dibeli oleh seseorang. Kalau beli banyak, nama kita boleh naik di sini. Setakat beli satu lot, tak naik lah.
- Share disposed = Share yang dijual oleh seseorang.
Prinsip Trading guna Fundamental Analisis (FA)
- Cari kaunter yang EPS dan NP (net profit) makin meningkat dari QR lepas.
- Share acquisition yang banyak boleh memberi hint yang kaunter itu akan naik, tapi ia harus dibuktikan dengan price action.
- Share disposition tak bawa makna apa- apa.
- Sektor apa nak masuk tak penting.
- News apa pun, baik ke buruk tak menentukan trading style kita. Kecuali kalau terlalu teruk macam syarikat itu diharamkan, atau di bawah siasatan polis.
- News yang palsu akan dikantoikan di chart.
- Jangan jadi tukang share news dari group telegram sebelah. Anda mungkin tengah jadi ejen smart money tanpa sengaja.
Ingat golden rule ni sampai mati !
FA= fundamental analisis
TA= Technical analisis
- good FA + poor TA = jangan masuk lagi, smart money tak start beli lagi kaunter tu , kita jangan laju lagi dari depa. Takat kita beli RM100 harga tak naik bang.
- poor FA + poor TA = jangan masuk
- Good TA+ poor FA = masuk boleh, jangan hold lama. cukup target terus cabut.
- FORMULA BULLRUN=GOOD TECHNICAL ANALISIS+GOOD FUNDAMENTAL
Sekian dulu. Panjang sangat satgi hampa boring pulak.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!