44. Kepada Forex trader, jangan merajuk lagi..
Khas Untuk Forex trader
Saya tahu kebanyakan contoh saya ajar dalam ni tentang saham, mesti ramai forex trader yang dah give up dan bebal dengan web ini dan belajar dari tempat lain. Ada sebab saya tulis banyak pasal saham dan tak tulis banyak pasal forex. Sebabnya, saham sangat renyah nak dibanding dengan forex. Anggaplah saham ni bagaikan adik kita yang baru nak berjalan, sebabtu saya kena bagi tumpuan banyak sikit kat dia.Forex simple banyak dari saham.
Beza saham dan forex bagi cara trading saya
Rugi kalau forex trader tak baca asas dalam ni. Guna volume saja, boleh kantoikan kaw kaw niat smart money yang nak amek SL kita.
Dalam pair gold ni
- Support di paling kiri diconfirmkan dengan piercing candle.
- Hammer yang sangaaat jelas ,dengan volume yang sangaaat jelas datang sebagai double confirmation untuk harga naik.
- Elok pulak ekor hammer tu cecah support 200 MA dan terus naik.
- Nak buy terus lepas hammer pun boleh sebab dah 3 kali confirm.
Dalam pair USD/JPY ni
- harga bermula dengan upgap, bullish signal, continuation signal.
- Support diconfirmkan dengan candle yang sangaaat jelas, dengan volume ultra high yang sangaat jelas. Serius, kalau saya tau pasal hammer with high volume ni saja dalam forex dulu, mesti dah ada 3 biji Mustang.
Tengok pair GOLD ni.
- Harga respect je moving average. Takda beza la dengan saham yang saya ajar.
- Bila kaunter uptrend s2 macam ni, tunggu je di 20/50 MA.
- Buy lepas price tunjukkan kekuatan dia.
- Even waktu harga terjun pandalela rinong pun dia susah nak tembus 200 ma
Dari contoh Ponyen ni
- Market berada dalam s4.
- Price masih respect moving average, sama je macam dalam saham. Sebab bukan kuasa line biru tu yang tendang harga, ni hukum alam. Harga akan buat correction kalau mahal sangat. Makcik jual nasi lemak pun tahu pasal ni.
- Sell saja bila harga buktikan kekuatan untuk turun.
Amanat kepada Forex traderku yang terchenta
- Jangan ingat apa saya ajar khas untuk saham je.
- Apa – apa benda yang pakai candlestick kita boleh tradeguna cara saya.
- Balik buat backtest.
- Untuk nak tahu kaunter tu nak sell ke nak buy, ikut arah TF daily dan ke atas.
- Jangan turun TF bawah sangat. Lagi bawah kita turun untuk scalping lagi tinggi kepakaran yang kita perlukan.
- Saya cadangkan tengok arah di daily tf , masuk entry di h4 .
- Paling penting , kita taknak keliru direction mana nak pakai. Kalau daily sell, nak turun scalp di m15 pun, cari setup sell sahaja.
- Memang susah nak lukis trendline untuk forex, pakai Moving Average lagi baik.
- Masuk hanya kaunter yang jelas-jelas s4 atau s2 . Yang MA duduk tengah price, yang tak nampak jelas jangan trade.
- Elakkan layer, full marjerin ,kita bukan God of Gambler nak all in semua, tapi kita nak jadi orang yang berfikir seperti kasino yang boleh ngap semua duit orang yang tamak.
- Elakkan cuba cari bottom. Semua buku yang saya baca mengatakan , lebih senang untuk cari top guna price action dan volume dari mencari bottom.
- Kalau sayang duit anda dan nak pakai lama modal tu, jadikan SL setiap trade 2.5% saja dari jumlah modal.
- Kalau anda rasa forex ni halal, datangkan hujah anda. Bukan untuk haters , tapi untuk Allah.
- Sekian dulu semua , terima kasih.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!