18. Engulfing Pattern vs Harami Pattern dan Cara Fahamnya

Engulfing Pattern vs Harami Pattern

Engulfing Pattern vs Harami Pattern: 2 Pattern ni kita cerita sekali , sebab orang mudah keliru. Nak ingat senang, harami pattern , candle kecil di depan, engulfing pattern candle kecil di depan.

Harami Pattern

Harami tu bukan dari bahasa arab. Bukan haram halal yang kita selalu guna tu.Harami ni dari bahasa Jepun. Makna dia adalah mengandung.
Ia menggambarkan candle yang nampak macam perempuan mengandung.

Rukun Harami

  1. Body candle kedua mesti berada dalam body candle pertama.Macam body baby dalam perut ibu mengandung lah.
  2. Body candle kedua mesti kecil dari candle pertama.
  3. Shadow tak semestinya berada dalam body candle pertama, kalau terkeluar pun takpa.
  4. Semakin kecil body candle kedua, makin kuat signal reversal dia.
  5. Harami cross berlaku bila candle kedua adalah doji.
  6. Harami cross adalah tanda reversal terkuat di kalangan harami pattern kerana body candle kedua beliau paling kecil. Doji mana ada body kan. Sekeping je.

Harami cross ni ada yang bullish, ada yang bearish. Tengok candle pertama dia apala. Kalau candle pertama tu bullish (hijau) dia akan jadi bearish signal. Jangan pening-pening. Dia ni macam harami pattern yang lain juga cuma next body dia doji je.

Bearish engulfing, CS kecil di belakang, Bearish harami , CS kecil di depan. Kalau hampa tertukar pun bukanlah dosa besar pun sebab 2 2 reversal pattern, tapi engulfing pattern lagi kuat signalnya. Sebabtu kena belajar semua. Tak payah hafal la. Doa qunut pun ingat-ingat lupa. P hafal yang tu dulu. Fahamkan je candle -candle ni.

Lepas keluar harami cross, harga terus reverse.

Price action yang padu pada candle Marubozu yang pertama, dilemahkan dengan candle kecil yang kedua, memberi tanda harga akan reverse.

Nampak tak beza bullish dan bearish harami?

Tak nampak jugak refer video ni 🙂

Video saya tak tunjuk semua signal dari candlestick ni menjadi. Saya bukan sifu saham /cikgu forex  yang menjanjikan bulan  bintang kalau guna ajaran saya. Saya tunjuk realiti di market sebenar. Signal yang jadi  kena ikut syarat . Yang tak jadi saya tunjuk sebab.

Candlestick ni macam pisau, kalau tak pandai pakai boleh berdarah tangan. Nak pakai apa- apa signal kena tahu semua struktur market juga. Kita wajib belajar candlestick tapi tak boleh guna candlestick semata-mata. Maafkan loghat kedah saya :p

Engulfing Pattern

Candle ni mungkin adalah candle terpenting dalam semua candle yang kita belajar. Ia membawa signal terbesar dalam naik turun harga.

Pada candle pertama, harga jatuh ke bawah. Pada candle kedua, niat market amat jelas bila buyer menguasai pasaran. Harga ditolak lebih tinggi dari candle pertama. Ini menunjukkan buyer amat kuat mengalahkan kuasa seller candle pertama tadi.

Sama juga keadaannya dalam Bearish engulfing tapi terbalik sahaja.

Rukun Engulfing Pattern

  1. Dua candle ini mesti dari 2 warna berbeza. Tak boleh 2 2 hijau atau 2 2 merah kecuali kalau candle pertama itu candle doji.
  2. Candle kedua mesti engulf (telan) body candle pertama.
  3. Candle kedua tak semestinya engulf (telan) shadow/tail/wick candle pertama.
  4. Kalau untuk bearish engulfing , ia mesti datang selepas kenaikan (uptrend) harga walaupun trend itu short term dan ia meramalkan harga akan jatuh.
  5. Kalau bullish engulfing , ia mesti datang selepas kejatuhan (downtrend) harga walaupun trend itu short term dan ia meramalkan harga akan naik.
  6. Engulfing pattern akan confirmkan support/resistance di sebelah kiri.

Tengok video pulak kalau ada tak faham lagi pasal Engulfing Pattern vs Harami Pattern ni…

Tak faham tentang Engulfing Pattern vs Harami Pattern ni komen ya. Jangan senyap. Sya boleh bagi berlambak lagi contoh Engulfing Pattern vs Harami Pattern. Tapi nak letak sini takut hampa bosan. bye.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment