Moratorium Kalini Nak Beratur Panjang Dekat Kedai Emas Lagi Ke?

(Artikel ini bukan lari spacing, tapi dijarakkan untuk memerangkap orang yang malas baca supaya terus membaca 🙂

Lepas Zafrul buat pengumuman moratorium 2021 selama 6 bulan, inilah muka tokey kedai emas. Seronok tak sangka, PKP lepas pun ramai beratur nak beli emas macam nak gila.

 

Soalan dia, kalau kita boleh simpan duit 6 bulan tak bayar kereta rumah kali ini, kat mana paling untung untuk kita simpan duit tu? Emas ke? Saham ke? Bitcoin ke?

 

Soalan ini dah ada jawapan. Krisis seteruk Covid 19 ni bukan kali pertama dunia jadi caca merba. Kita cuma kena tiru jawapan ikut sejarah manusia saja.

 

Emas jawapannya. Walaupun saya seorang trader saham, emas tetap paling sesuai dibeli pada waktu krisis macamni. Emas amat bernilai bila manusia takut. Takut ekonomi runtuh, takut mati , takut ringgit jatuh. Takut.

“Belilah emas ketika manusia tengah berada dalam ketakutan Tapi kamu kena harapkan manusia terus panik dalam tempoh 2 3 tahun dari sekarang. Lagi takut manusia , lagi banyak duit yang kamu boleh buat . Kalau manusia sudah kurang panik , emas kamu akan hilang nilainya.” – Warren Buffet

 

Ini adalah pesan dari trader saham no 1 dunia , orang ke 6 paling kaya di dunia. Bukan pesan dari sifu saham kelas 3k yang belanja selfie dalam BMW , bukan juga pesanan dari tokey kedai emas.

 

Harga emas memang menjadi kayu ukur ekonomi dunia. Kalau ada krisis ekonomi, harga emas naik, kalau ekonomi dah baik, harga saham akan naik.

 

Emas dah buktikan kestabilannya sewaktu Perang Dunia Kedia , Kemelesetan Ekonomi 1989 , 2000 , Kejutan Harga Minyak 1974 , dan pakar ekonomi dunia banyak berpendapat, emas akan terus stabil ketika zaman covid.

 

Kalau nak beli emas, jangan fikir untuk jual waktu dia naik,tapi fikir untuk jadikan simpanan kecemasan, sebab bila Covid semua ni habis, harga dia takkan naik mana. Dia akan maintain je.

 

Jom saya buktikan apa yang saya cakap guna chart. Pada yang tak biasa tengok chart, jangan lari lagi. Sumpah tak boring. Saya bandingkan harga emas dengan FBMKLCI.

 

FBMKLCI? What is that Pokemon? Nak eja pun susah !

 

Dalam bahasa mudah, kita ambil prestasi 30 syarikat paling power di Malaysia , dan kita lukis dalam chart. Kalau chart tu naik, maka ia akan gambarkan ekonomi Malaysia tengah bagus. Begitulah sebaliknya.

Chart oren di bawah tu FBMKLCI , chart yang atas tu emas. Nampak jelas kan trend dia? Selagi orang takutkan Covid , orang akan beli emas , dan harga emas pun naik.

Jadi betullah orang yang beratur ramai -ramai tu? Boleh la nak pergi beli emas sekarang ye?

 

Sebenarnya pada 6 Ogos 2020 , harga emas telah pecah rekod harga tertingginya sebelum ini. Kalau main tibai ja beli , anda akan terkena. Orang yang beli emas tanpa ilmu pada 6 Ogos lepas sebab nak kejar harga dah terciduk teruk.
Itulah yuran kebodohan yang mereka perlu bayar.

Habistu bila pula nak beli?

Artikel ini ditulis pada 24/7/2021 pukul 3 pm. Setakat ini jangan buy lagi emas. Trend tengah menurun.

 

Lepak dulu. Kena pantau lagi. Next support pada harga RM 236.90/g. Kalau nak beli pun beli pada RM236.90 . Mungkin boleh dapat murah lagi dari itu. Jangan risau bang ,saya akan pantau harga emas lagi untuk anda. Bila anda beli emas betul , 999 atau 916 , harga jatuh macamana pun lepas tu anda masih boleh peram emas anda sampai ke anak cucu.

 

Kalau anda beli emas dalam forex, silap beli memang nahas. Mungkin sebab itu orang yang rugi akan cakap forex itu haram.

 

Macamana saya tahu semua ni? Saya belajar technical analysis. Bukan ahli nujum, bukan tikam sport toto. Bukan main teka-teka.
Kenapa bukan saham/bitcoin?

 

Kalau dah pandai trade, silakan bang. Kalau dah pandai trade, keadaan ekonomi takkan kacau kita. Skill lagi penting bak kata Pakya. Kalau nak tunggu ekonomi baik baru trade saham, sampai kiamat takkan boleh trade bak kata Pakya.

 

Kalau baru nak belajar ,waktu sekarang adalah zaman volatility paling tinggi dalam saham/bitcoin. Maknanya terlalu banyak orang trade, terlalu banyak modal retail trader dalam market. Maknanya nak untung pun laju, nak terbakar tangan pun laju. Belajar betul-betul baru trade.

 

Walaupun saya trade dan ajar saham, saya takkan rosakkan mesej yang saya sampaikan hari ini dengan iklankan ajaran saya. Jadi murah terus ilmu yang mahal tadi kalau saya buat macamtu. Saya ajar saham free je tapi kalau nak berjaya kena rajin buat latihan. Nak cari student yang rajin tu lagi susah dari nak trade emas.

 

Kalau malas tapi masih nak melabur,takpe bang. Saya akan update trend harga emas setiap minggu untuk dapatkan tempat terbaik untuk pembaca entrybiru beli emas.

Sekian terima kasih.

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

 

 

 

Add a Comment