17. Dark Cloud Cover Vs Piercing Pattern. Jangan Keliru pulak.

Dark Cloud Cover Vs Piercing Pattern

Dark Cloud Cover

Nama dia Dark Cloud Cover sebab , bila awan dah nampak gelap , hujan pasti akan turun. Macamtu juga bila CS ni keluar, tak lama lepastu mesti harga jatuh.

  1. Untuk jadi CS dark cloud cover , CS kedua kena open atas dari close candle pertama.
  2. Semakin dalam CS kedua close dalam CS pertama, semakin kuat signal reversal.
  3. TIada syarat berapa dalam CS ke 2 kena close dalam CS pertama.

Follow penerangan video pulak lagi mudah faham…

Video saya tak tunjuk semua signal dari candlestick ni menjadi. Saya bukan sifu saham /cikgu forex  yang menjanjikan bulan  bintang kalau guna ajaran saya. Saya tunjuk realiti di market sebenar. Signal yang jadi  kena ikut syarat . Yang tak jadi saya tunjuk sebab.

Candlestick ni macam pisau, kalau tak pandai pakai boleh berdarah tangan. Nak pakai apa- apa signal kena tahu semua struktur market juga. Kita wajib belajar candlestick tapi tak boleh guna candlestick semata-mata. Maafkan loghat kedah saya :p

Piercing Pattern

Pattern ni macam lawan pada dark cloud.

  1. Candle kedua akan open bawah dari close candle pertama.
  2. Candle kedua wajib close lebih separuh dari body candle pertama.
  3. Ini untuk membezakan dia dari 3 candle yang lebih kurang sama dengannya.
  4. 3 candle tersebut adalah continuation pattern, manakala piercing candle adalah reversal pattern.

3 nama lain tu tak payah ingat !!

Just ingat yang walaupun 3 3 candle ni open di bawah close candle pertama, tapi 3 3 candle ni tak close atas dari separuh candle pertama.

Just ingat yang 3 3 ni adalah continuation pattern.

Kalau buy lepas depa ,sebab salah anggap depa tu piercing candle memang bakar duit. Bukan senang price nak reverse, tunggu 2 kriteria ni ada kalau nak masuk. Jangan buat-buat nampak sebab nak masuk cepat atau nak kejar harga. Jangan tipu diri sendiri !

Kalau silap masuk ni kan hangus duit ?

Beza teruk kan piercing pattern dengan yang lain tu?

Nah rujuk terus video tutorial ni lagi pantess paham pasal Dark Cloud Cover Vs Piercing Pattern ni!


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment