22. Continuation Pattern of Candlestick dan Cara Trade dengannya
Continuation pattern ni adalah pattern yang bila jadi bentuk macamni, bermakna price akan meneruskan trend sebelumnya. Kalau sebelum ni trend menaik, lepas keluar pattern ni harga akan terus naik.
Dalam page ni, saya akan tunjuk 3 fenomena.
- Gap
- Rising Three Method
- In neck Thrusting pattern
Gap
Gap adalah apabila open price lompat pada CS seterusnya. Kalau kita letak Stoploss atau Buy Stop/limit , order kita takkan kena, sebab price lompat di harga itu. Ini adalah beberapa prinsip trading dengan gap.
- Gap akan jadi support atau resistant di area yang kosong itu.
- Jangan trade chart yang ada terlalu banyak gap, susah nak baca.
- Gap adalah ruang kosong tanpa ada shadow/wick/tail candle seterusnya. Ia mesti kosong!
- Kalau ada masalah untuk tentukan samada itu gap atau tidak, anggap saja bukan. Gap mesti jelas, lagi jelas lagi bagus ! Taknak was was.
- Bukan semua gap boleh masuk, gap di hujung trend tak digalakkan masuk.
- Gap dengan high volume adalah sign bullish/bearish yang terbaik!
Gap akan jadi support di area yang kosong itu.Di sini anda boleh buy di 2 2 line itu. Gap support bertindak bagaikan kusyen . Kalau lingkup support line atas, support line bawah masih kekal boleh dipakai.
Price jatuh lepas sentuh resistant upper gap line.
Bukti yang sama.Price naik lepas sentuh upper line gap.
Jangan masuk gap di hujung trend. Macamana nak tahu trend hujung ke awal? Saya akan ajar dalam tajuk market stages.
Ini adalah antara sebab kita tak mahu masuk entry di hujung trend. Takut kita terperangkap dengan island reversal pattern macamni.
Refer video ni…
Rising Three Method
Pattern ini terdiri dari 3 benda.
- Candle dengan body yang solid, wide.
- 3 ke 5 CS yang kecil spreadnya.
- CS yang solid bodynya, yang akan close lagi tinggi dari candle pertama.
Bukan saya nak suruh hafal benda alah ni. Kalau tunggu pattern ni nak trade mungkin dah lambat nak entry, tapi kalau dah masuk dari bawah, bila tengok pattern ni , boleh hold.
Gambar CS tadi adalah dari timeframe weekly. Bila kita zoom gambar ini di daily ,jadi gambar di bawah ni.
Ini setup breakout descending trendline yang akan saya ajar nanti. Cuma nak bagitahu, asas setup tu dari pattern ini lah.
In neck Thrusting pattern
Pattern ini terdiri dari
- bearish candle yang solid body
- small spread candle yang naik dan cuba close dalam candle 1 tadi tapi tak lebih dari 50% tinggi Candle bearish tadi.
Sebab apa saya suruh kenal benda yang susah sangat nak sebut namanya ni?
Sebabnya, dalam reversal pattern, ada satu pattern nama dia piercing pattern, nampak serupa tapi tak sama. Piercing pattern boleh close lebih dari 50% candle pertama.
Jadi kalau tak kenal in neck thrusting pattern ni susah juga la, sebab piercing pattern adalah signal of reversal. CS yang kita belajar ni continuation pattern. Kalau rasa panjang sangat nama dia, panggil je apa-apa pun, janji kita tak keliru antara 2 ni. Penting tau !
Nampak kan beza dia dengan piercing pattern?
Akhir kata, kalau tak faham boleh komen, kalau faham sila ajar member. Anda akan faham lebih. Ajar member sekali belajar sini. Kalau masuk kelas 3k pun dia ajar benda alah ni la jugak bang. Terima kasih semua.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini