Reversal candlestick pattern dan Cara Trade dengannya 2
Reversal candlestick pattern
Ok sambung Reversal candlestick pattern 2 di sini. Saya kena potong bagi portion dia kecil- kecil. Mana ada orang makan kek sebiji terus. Lagi satu, kebanyakan orang yang masuk dalam bidang trading saham/forex ni minda dia short term mindset. Maaf cakap ya. Saya pun camtu juga dulu. Satgi geng short term ni tengok entri web panjang sangat, dia boleh give up terus nak belajar. Daaan masuk group signal . Daaan MC macam biasa.
Saya takmau hampa semua terlepas dari kebenaran , hanya kerana saya tak pandai susun artikel. Dah jom sambung Reversal candlestick pattern.
Tweezer top/bottom
Tweezer adalah benda ni. Selalu doktor guna dalam bilik bedah untuk pegang benda-benda kecil.
Rukun Tweezer
- Tweezer top kena ada high yang sama level atau lebih kurang sama.
- Tweezer bottom kena ada low yang sama level atau lebih kurang sama.
- Pattern tweezer ini paling sesuai dan berguna bila dilihat di timeframe weekly.
- Semakin kecil body candle kedua , semakin kuat signal reversal.Ini menunjukkan kuasa buyer/seller candle pertama sudah lemah.
Kenapa penting rukun tweezer apa bagai tu? Nampak ja 2 high atau 2 low yang sama.. ambil je la sebagai tweezer. Lagi mudah kan?
Teeeet SALAH !!!!!
Kalau tak ada syarat -syarat tu, apa yang nak istimewa sangat pasal tweezer, dah semua candle yang sama low/high boleh jadi tweezer kan?
Sama macam orang yang setiap masa on signal tapi tak belok belok. Tak nama signal lah macamtu.
Harami Pattern
Harami tu bukan dari bahasa arab. Bukan haram halal yang kita selalu guna tu.Harami ni dari bahasa Jepun. Makna dia adalah mengandung.
Ia menggambarkan candle yang nampak macam perempuan mengandung.
Rukun Harami
- Body candle kedua mesti berada dalam body candle pertama.Macam body baby dalam perut ibu mengandung lah.
- Body candle kedua mesti kecil dari candle pertama.
- Shadow tak semestinya berada dalam body candle pertama, kalau terkeluar pun takpa.
- Semakin kecil body candle kedua, makin kuat signal reversal dia.
- Harami cross berlaku bila candle kedua adalah doji.
- Harami cross adalah tanda reversal terkuat di kalangan harami pattern kerana body candle kedua beliau paling kecil. Doji mana ada body kan. Sekeping je.
Harami cross ni ada yang bullish, ada yang bearish. Tengok candle pertama dia apala. Kalau candle pertama tu bullish (hijau) dia akan jadi bearish signal. Jangan pening-pening. Dia ni macam harami pattern yang lain juga cuma next body dia doji je.
Bearish engulfing, CS kecil di belakang, Bearish harami , CS kecil di depan. Kalau hampa tertukar pun bukanlah dosa besar pun sebab 2 2 reversal pattern, tapi engulfing pattern lagi kuat signalnya. Sebabtu kena belajar semua. Tak payah hafal la. Doa qunut pun ingat-ingat lupa. P hafal yang tu dulu. Fahamkan je candle -candle ni.
Dark Cloud Cover
Nama dia dark cloud sebab , bila awan dah nampak gelap , hujan pasti akan turun. Macamtu juga bila CS ni keluar, tak lama lepastu mesti harga jatuh.
- Untuk jadi CS dark cloud cover , CS kedua kena open atas dari close candle pertama.
- Semakin dalam CS kedua close dalam CS pertama, semakin kuat signal reversal.
- TIada syarat berapa dalam CS ke 2 kena close dalam CS pertama.
Piercing Pattern
Pattern ni macam lawan pada dark cloud.
- Candle kedua akan open bawah dari close candle pertama.
- Candle kedua wajib close lebih separuh dari body candle pertama.
- Ini untuk membezakan dia dari 3 candle yang lebih kurang sama dengannya.
- 3 candle tersebut adalah continuation pattern, manakala piercing candle adalah reversal pattern.
3 nama lain tu tak payah ingat !!
Just ingat yang walaupun 3 3 candle ni open di bawah close candle pertama, tapi 3 3 candle ni tak close atas dari separuh candle pertama.
Just ingat yang 3 3 ni adalah continuation pattern.
Kalau buy lepas depa ,sebab salah anggap depa tu piercing candle memang bakar duit. Bukan senang price nak reverse, tunggu 2 kriteria ni ada kalau nak masuk. Jangan buat-buat nampak sebab nak masuk cepat atau nak kejar harga. Jangan tipu diri sendiri !
Kalau silap masuk ni kan hangus duit ?
Beza teruk kan piercing pattern dengan yang lain tu? Sekian saja entry Reversal candlestick pattern in semoga hampa faham apa diajar!
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!