32. Cara Monitor dan Cutloss saham/Forex

Monitor dan Cutloss saham/Forex

Kalau masuk dah cantik dah, sekarang tinggal nak monitor dan cutloss saham/forex. Nak monitor lama mana terpulang pada cara trading anda. Kalau macam saya dan Pakya, kami guna trend trading, kami monitor dan cutloss saham/forex 5 minit je sehari. Bila market close pukul 5 , baru saya masuk tengok. Sempatla saya pakai PPE pergi rawat Covid lagi setiap hari. Tak kacau kerja pun. Pada yang scalping kena monitor sampai TP la. Pilih sendiri cara mana yang sesuai dengan kita.

Cuma satu saja yang pasti, bila sampai akhir trend dan signal sell dah keluar, tak kira la hampa long term trader ke swing trader ke trend trader ke scalper ke , semua kita kena sell ! Kalau smart money nak mengamuk, dia tak kira siapa.

Apa benda nak monitor?

KeadaanTindakan
Harga naik secara terlalu laju, lebih 40% dalam masa sehariWaspada dengan short squeeze
Harga naik secara landaiHold , kalau ada candle solid macam Marubozu, boleh naikkan toploss di bawahnya.
Anomaly antara candle dan volumeBersedia untuk reversal, tanda reversal lain akan keluar
Harga turun tapi volume rendahMungkin ia hanya pullback
Harga turun dan volume bertambahSedia untuk cutloss

Bila nak cutloss

Ramai yang tanya, kalau dah ada stoploss, buat apa sibuk nak cutloss. Biarkan sajalah, kang kalau dia turun tak kena stoploss tu, lepastu naik balik kan menyesal?

Setuju. Tapi kalau datang keadaan ni, hampir pasti dah ranap stoploss kita. Buat apa nak tunggu rugi 10% kalau kita boleh cutloss.

  1. Bila breakout dengan low volume. Sebelum ia jadi fakeout baik keluar.
  2. Fake out seperti upthrust dan spring.
  3. candle lower low dengan volume yang bertambah.
  4. Price dan 20 MA jatuh di bawah 50 MA.
  5. Downgap
  6. Kalau kaunter tu rebound 20 MA , bila dia close bawah 20 MA just sell terus

Ini contohnya tentang 3 candle lower low. Maknanya 3 candle tu close makin rendah la. Macamana kalau tiba- tiba lepas cutloss dia naik balik?Adakah kita nak menyesal?

Kata US Trading Champion Mark Minervini ,

“Beza seorang trader newbie dengan professional adalah, bila satu newbie cutloss atau kena stoploss dia terus bebal dan tinggalkan kaunter itu. Tapi professional trader tak takut kena stoploss dan tak kisah kena try banyak kali untuk buy sesuatu kaunter. Tak semua kaunter yang saya beli tu terus naik,banyak je yang kena SL banyak kali baru naik. Profit terbesar saya kebanyakannya datang dari kaunter yang langgar stoploss saya.

Semua contoh ni, saya dah ajar dalam tajuk volume sepatutnya kita ulangkaji je dalam ni. Sebabtu saya cakap penting sangat faham CS + volume ni.

Bila price dan 20 MA jatuh di bawah 50MA , tu tanda wajib sell.Kalau dia naik balik , kita nak masuk sekali lagi lain cerita. Itu tanda paling lambat untuk market masuk s3. Kalau ikut cara saya sell, kita dah lama dah sell. Saya dah withdraw dah, baru signal ni keluar. Baca tajuk bila nak sell untuk faham.

Cara nak adjust stoploss bila price naik

Kita boleh naikkan trailing stoploss bila harga naik. Mark Minervini mensyaratkan kita hanya boleh naikkan SL lepas dia dah naik 3 kali ganda dari stoploss kita. Kalau SL kita 10% , bila dia dah naik 30% baru kita boleh naikkan stoploss. Rasanya kalau tunggu 30% ramai dah tp kan?

Saya ada 3 stage saya naikkan SL. Saya ajar guna gambar bagi mudah.

Entry ni saya masuk di base ke 3.Awal- awal, letak sl macam biasa 10%.

Bila ada strong price action yang diikuti volume yang kuat, kita naikkan sl ke bawah 50MA.

Bila ada lagi signal bullish ke 2, kita boleh naikkan entry ke bawah CS Marubozu , sebab di situ ada support yang kuat. Kalu tak kuat, tak jadi besar gedabak macam tu candle marubozu tu.

Bila price naik 30% , kita tarik pula ke next marubozu atau strong support yang lain.

Bila price dah naik lebih 30% , kita dah boleh lepak sikit. Cari strong support,naikkan SL tu dan bersedia cari sell signal untuk tp. Sebab base baru ni dah base ke 4.

Ini zoomout kaunter yang saya guna untuk buat contoh tadi. Jaya Tiasa 2010. Bila dah habis base ke 4, sell signal dah sampai , kita pun TP.

Balik- balik benda yang sama je, ulang ulang ulang. Kalau tak profit lagi jangan salah smart money, yahudi, big player dan lain-lain. Salah diri sendiri.

Dulu orang pesan kat saya, kalau nak profit besar, lepas masuk entry, delete mt4 bulan depan baru buka balik. Obviously mengarut teori tu. Monitor betul-betul. Jangan lupa praktik cara Monitor dan Cutloss saham/Forex yang ada belajar di sini! Sekian terima kasih.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment