38. Cara beli saham di Mplus (mobile dan desktop view)
Cara beli saham di Mplus
1. Search nama stock

2. Bulat kecil itu tandanya saham ni halal dibeli.
3. Right click atau tekan tanda buy.
mobile view
4. Bila dah keluar macamni, kalau tak faham limit order , stop limit tu apa, baca sini.
mobile view
Qty x100 = letak berapa lot kita nak beli
Price= letak harga apa kita nak beli saham tu, biasanya letak sama harga dengan stop/limit price tu la
Validity= letak sampai bila kita nak letak order tu, contoh , kalau kita set harini order nak beli kat 0.500 , tapi harga tak sampai situ, kalau letak validity tu sampai esok je, kalau order tak trigger sampai pukul 5pm , expired la order tu.
Kalau semuanya sudah setel, akan keluarlah confirmation ni.
Nak beli saham ni senang, nak beli kaunter yang betul tu yang susah. Pada sesiapa yang terserempak dengan guide ni secara tak sengaja, dan masih tak untung untung dalam trading, jom cuba try test cara saya trade. Semua konten di sini percuma. Tak ada cas tersembunyi. Saya jamin konten di sini lagi bagus dari kelas beribu- ribu kat luar sana. Buat apa saya nak cas kalau saya dah untung dari saham.
Kami tulis trading guide ni dengan bahasa yang mudah. Bukan senang nak senang. Saya berjaya rugi dalam setiap step dalam saham/forex selama 3 tahun. Saya dah trade 5 tahun. Kalau saham/forex ni soalan MCQ , jawapan A saya dah hentam , B saya dah hentam C saya dah tembak. Semua jawapan yang salah yang saya jumpa , saya bayar sendiri dengan modal saya. Hangus terbakar. Nak dapat jawapan D tu , habis masa banyak dah, nasib baik Allah bagi jumpa juga jawapan tu, mungkin supaya saya share research ni dengan semua orang.
Kalau hampa baca research saya di sini, jimat 5 tahun hidup hampa, jimat duit banyak. Baca dulu lepastu try kat past market, lepastu nilai sendiri , mengarut ke betul apa yang saya share di sini. Sehari baca 3 artikel, sebulan habis baca, cuba sendiri kat market yang lepas. Bila yakin, try letak duit betul , tak mau main akaun demo. Untung share kat kawan, tak untung tanya soalan kat saya sampai untung !!!
Sekian dulu bab Cara beli saham di Mplus ni, insyaALLAH jumpa lagi di artikel seterusnya!
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!