35. Bila nak Sell dalam Saham/Forex? (Part 2)
Bila nak Sell dalam Saham/Forex ?
Bersambung lagi topik Bila nak Sell dalam Saham/Forex, dalam post lepas kita belajar cara nak kira base. Harap semua fahamlah. Kalau tak faham dalam post ni pun saya ada banyak lagi contoh. Semua yang saya ajar ni untuk kita dapat kenal,. bila market masuk S3?
Bila nak Sell dalam Saham/Forex? Kita takkan boleh betul-betul pasti market berada di S3 selagi s4 tak muncul. Kalau nak tunggu s4 datang, memang susah la. Apa kita nak buat kalau S4 datang dengan gap secara tiba-tiba? Memang hangus modal . Tak kisah siapa anda, trend trader ke, long term trader ke , value trader ke, kalau price bagi signal untuk jual anda kena jual! Jangan bersembunyi di sebalik nama long term trader untuk hold mana- mana kaunter yang dah masuk S3.
Baca dah banyak dah tu bila nak Sell dalam Saham/Forex? Sebelum tu jom belajar tanda -tanda akhir trend yang seterusnya.
Tanda-tanda akhir trend/ S3
Kira base , selepas dari base ke 3 jangan masuk dah!Kebanyakan kaunter Malaysia yang stabil hanya sempat naik ke 4 atau 5 base sahaja sebelum turun balik.(dah terang di post lepas)- 70% bullish candle lebih dari 1-2 minggu yang dikira lepas bbase ke 4
-Ini maknanya , kalau ada 10 candle yang kita tengok lepas base ke 4, 7 dari candle itu akan berwarna hijau atau bullish. - Climax run ( >25% kenaikan harga dalam 3 minggu)
-Ini maknanya harga naik sangat laju, lebih 25% dalam 3 minggu. - Kenaikan harga paling besar dalam masa sehari sejak bermulanya s2
-Kenaikan terbesar itu dikira sejak awal s2 , chart sebelum tu tak kira dah. - Exhaustion gap. ( Gap di kedudukan yang tinggi, hampir dengan top)
-Gap di hujung trend. Bahaya.orex ? - Selling into weakness (harga turun dengan volume yang makin bertambah.)
-Bila harga makin turun dan volume makin naik, maknanya seller makin ramai. - Price mencapah lebih 70% lebih tinggi dari 200 MA
-Awal- awal dulu dah pesan, kalau boleh, biar price tak jauh dari Moving Average, kalau naik lebih sangat , mungkin market dah overbought, dan akan turun membuat correction. - Price dan 20 MA jatuh di bawah 50 MA
– Syarat ni syarat wajib. Bila jadi macamni, sila lah sell tanpa berfikir. Signal ini datang lambat, price dah nak terjun baru keluar signal ni. Sepatutnya kalau ikut betul syarat lain di atas, sebelum price dan 20 MA jatuh bawah 50 MA dah lama dah kita kena sell. - Semua syarat ini wajib datang dengan syarat 1.
- Semua syarat ini mesti dilihat di timeframe daily.
- Semua syarat ini terpakai untuk kaunter stabil yang naik dengan rebound 50 MA sahaja.
- Kaunter yang rebound dari 20 MA, terlalu spekulatif (naik terlalu laju) untuk guna syarat ini, kemungkinan besar ia akan sempat naik sampai base 2 atau 3 saja.
Bila nak Sell dalam Saham/Forex? Dah boleh sell ke ni?
Jangan sell lagi , jom tengok contoh ni dulu! Kompem tak serabut punya.
Kaunter ini adalah ANN JOO 2017.
- Price buat 4 base sebelum masuk s3.
- Ada exhaustion gap dan largest up day selepas base ke 4.
- Juga ada lebih 70% candle hijau sebelum masuk s3.
- Syarat climax run (>25% increase in price) tak dipenuhi.
- Penampakan kelibat smart money selling into the weakness di situ.
- Saya juga tolong mark VCP pattern di sini. (wave biru) Di situlah saya akan masuk selepas breakout VCP pattern.
- Ada 5 tanda dah kat sini, kalau tak reti reti nak sell juga tak tahulah.
Ini adalah kaunter WTK 2007.
- Ada 4 base sebelum s3.
- Betul-betul sebelum s3 ada candle paling panjang sejak bermulanya s2.
- Juga di hujung-hujung trend, semuaaa candlenya hijau.
- Kalau nak entry guna vcp pattern boleh masuk di base 1, jangan masuk di base 4, kalau nak hold lama.
- Di sini , hanya ada ada 3 syarat yang dipenuhi.
Ini adalah kaunter Westport 2015.
- Cukup 4 base, market masuk stage 3.
- Hanya ada 2 signal di sini , base dan candle hijau yang banyak di hujung s2.
- Disebabkan tak banyak warning sign di sini, kalau hampa tak pandai kira base, memang akan terkena sebab price pun landai je. Tak ada kenaikan secara tiba-tiba.Memang susah nak expect harga nak masuk s3 kalau tak kira base.
Ini pula kaunter ULICORP 2016.
- Price ada 5 base sebelum masuk s3.
- Ada 6 signal untuk sell di sini. 6!!
Ini adalah kaunter TSH 2014.
- Lepas 4 base, market masuk s3.
- SIgnal untuk jual 2 je kat sini, tapi signal dia dari bulan pun boleh nampak.
- Jelas ke tak jelas lagi macamana nak tengok largest up day dari contoh ni?
Ini contoh dari kaunter TDM tahun 2008.
- Price masuk s3 lepas 4 base.
- Di hujung trend ni terang-terang dah semua candle bullish, tak payah sibuk kira hari.
- Juga nampak jelas tanda largest up day di hujung trend.
Contoh dah tengok Bila nak Sell dalam Saham/Forex ni?
Sekarang dah faham anda boleh la sell tak perlu tanya lagi Bila nak Sell dalam Saham/Forex Lepasni kalau nampak candle hijau semua di hujung -hujung trend, jangan senyum bersama-sama retail trader.Jangan kejar bas tu. Jom kita buat perangai smart money dan sell kaw- kaw position kita into the strength of market. Sekian dulu takat tu. TQ.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!