Belajar Trading Saham, Ini 7 Cara Yang Betul Dan Efektif
Belajar Trading Saham, Ini 7 Cara Yang Betul Dan Efektif
Belajar trading saham di musim pandemik covid19 salah satu peluang yang terbaik. Ramai yang kehilangan kerja dan kekurangan pendapatan. Oleh sebab itu, makin ramai juga yang mencari peluang-peluang baru untuk menambah sumber pendapatan ataupun jadikan sumber kewangan sampingan. Antara peluang yang boleh kita ambil adalah belajar trading saham dengan cara yang betul.
Link pun dah bagi siap.
Belajar Trading Saham Forex
Saya tak minta orang ikut belajar trading saham dengan kami, tapi sebab perit kegagalan tu kami dah rasa. Saya tak mahu seorang pun dari pembaca rasa apa yang saya rasa. Kalau dulu, ada adik- beradik nak belajar trading saham, saya orang pertama yang tentang idea tu. Sebabnya, kalau saya yang paling rajin menghadap benda alah ni pun tak berjaya, buat apa nak heret orang masuk ke jalan kemusnahan kan?
Saya gagal dengan cikgu-cikgu saya sebelum ini sebab saya tak ada pemahaman A -Z dalam market. Ada cikgu ajar price action saja. Ada yang ajar candlestick saja. Ada yang ajar volume saja. Kalau belajar trading saham dengan saya semuanya saya gabung semua yang dirasakan perlu, tanpa menyerabutkan minda anda.
Kita takkan boleh membaca kalau sekadar tahu huruf A saja. Nak membaca kena tahu A sampai Z. Macam tu juga la nak baca chart kena tahu A sampai Z
Bila saya dah banyak gagal, saya dah cuba seribu satu pemahaman yang salah dalam trading yang saya rasa pembaca tak perlu ulang. Tak perlu bayar kelas ribu-ribu , cukup baca apa saya kongsi di sini, balik cuba try test.
Saya rasa antara sebab Allah gagalkan saya lagi dan lagi adalah untuk didik saya untuk jadi orang yang cekap dalam mengajar supaya hampa semua boleh belajar trading saham. Saya dah tahu mentaliti gagal tu macamana. Saya hidup dengan mentaliti itu selama ini.
Kalau saham ni MCQ (multiple choice question), saya dah hentam dah semua jawapan lain.
A saya dah hentam, B dah tembak, C dah hentam. Saya nak dapat jawapan D tu cukup susah. Mungkin Allah nak ajar saya kenapa jawapan yang lain salah untuk ajar balik ilmu tu pada hampa supaya hampa belajar trading saham forex cara paling tepat! Ingat, sekali salah, saya bayar pengajaran tu dengan stoploss saya, dengan modal saya. Kalau hampa belajar trading saham dengan saya, hampa boleh skip kesalahan bodoh yang saya dah buat.
Rasanya kalau ada orang sedia nota belajar trading saham selengkap ini pada saya waktu saya start dulu, saya takkan rugi sebanyak itu. Sebab ilmu belajar saham ini bukan saya buat dengan salin sebiji-sebiji buku belajar saham/ ajaran guru lama, tapi saya fine tuned ikut kesesuaian market Malaysia dan research saya sendiri.
Allah bagi saya jalan jauh untuk berjaya. Lepas belajar candlestick, kena lipat sebab tak faham volume. Lepas faham volume dah pandai entry dah, tak reti nak TP (take profit ) pula.
Dah reti TP tak faham market stage , masuk pula di top of market. Saya belajar saham sangat lambat. Kalau orang yang tengok saya study ni memang kesian. Nampak macam OKU kaki satu yang struggle nak masuk acara lumba lari. Jatuh air mata beb.
Ada orang baru belajar saham/ forex 2 bulan dah start trade dan tayang profit kat IG. Saya hanya boleh tersenyum kelat, telan kecemburuan saya dan teruskan usaha. Lepas gagal, orang lain dah quit, saya terus lagi. Kalau saya boleh main Dota sampai 5000 jam, takkan saya tak boleh buat benda ni sampai mati ,kan? Lepas satu-satu masalah saya discover.Saya triple usaha dengan ratusan soalan yang menyerabutkan kepala Pakya.
Saya team kura-kura. Ambillah nota belajar saham sang kura-kura yang tak seberapa ini dan pecutlah bagaikan seorang arnab. Memang agak bodoh tindakan tunjuk cara trading ni FREE di open website , baik saya buat kelas dan jual. Tapi pengalaman ni terlalu pahit untuk dinilai dengan harga. Kalau nak jual , harga RM5000 satu set, berbaloi la kot.
Saya tak minta anda belajar saham dengan saya kalau anda rasa cikgu anda lebih bagus. Ini bukan satu pertandingan. Yang penting, semua orang boleh profit. Lagi ramai yang profit, lagi kurang orang yang scam orang dalam dunia saham/forex. Lagi ramai yang boleh menyumbang dalam masyarakat.
Teknik belajar saham yang saya ajar adalah pemahaman saya dari banyak cikgu, banyak buku dan banyak duit yang hangus. Kan bagus kalau anda boleh skip semua itu dan terus berada dalam jalan yang benar?
Zaman ni Cikgu Layer Hunter suruh lukis bentuk candle. Dulu bila tengok gambar ni rasa geram , sebab lukis pun haram tak untung . Bila dah mula profit barulah rasa nostalgic usaha-usaha lama yang tak kenal erti putus asa .
Siapa Yang Sesuai Belajar Trading Saham
- Golongan yang gagal dan habis ribuan ringgit dan nak cuba kali terakhir sebelum declare semua ni haram, judi dan buang masa.
- Adik-adik yang baru lepas SPM yang tak tahu kerjaya apa nak pilih. dari tengok Tiktok , baik belajar kat sini.
- Golongan power yang boleh pertikai kesahihan semua ajaran ini. Kalau saya betul, awak kena ikut saya. Kalau saya salah , saya ikut awak. Takda ego dalam trading. Yang penting, hanya market saja yang betul. Dan kita semua profit !
- Golongan yang nak belajar saham tapi tak mampu baca buku beratus-ratus mukasurat, tak faham bahasa English.
- Golongan yang nak masuk belajar saham dengan Pakya tapi nak tengok dulu student Pakya trade macamana.
Apa yang saya akan kongsi ini semuanya disertakan dengan bukti dari market. Semua ada buktinya. Dan semua gambar yang saya kongsi adalah dari kajian saya sendiri. Tak ceduk mana-mana.
Barangsiapa yang meniru dari website ini tanpa bagi kredit , atau ciduk buat e-book dan jual , saya tak halalkan selama-lamanya.
Punyala orang tulis penat-penat , senang-senang je ciplak dan jual. Punyala saya usaha nak buat benda yang susah jadi mudah, yang orang ajar dalam kelas harga 3 4 ribu tu jadi free, senang senang je curi tanpa kredit. Ini yang buat orang Malaysia tak maju. Kepada manusia-manusia sebegini, cukuplah Allah sebagai pelindung saya, Dialah Raja di Hari Pembalasan.
See you in Afterlife’s Court.
Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web sumber pendidikan
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!