49. Bagaimana saya buy HONGSENG dan untung 33% dalam 4 hari

Ini Kronologi Bagaimana saya buy HONGSENG dan untung 33% dalam 4 hari

Semua tahu Hongseng meletup baru-baru ini. Ni saya nak cerita Bagaimana saya buy HONGSENG dan untung 33% dalam 4 hari. Saya harap dengan silibus saya hampa dapat kesan awal kaunter ni. Saya sempat masuk juga . Ini sebab saya masuk.

Bukan senang ya nak cari setup ni. Di monthly ada ascending triangle. Monthly s2. Boleh pergi jauh. Follow rapat-rapat baru hampa tahu bagaimana saya buy HONGSENG dan untung 33% dalam 4 hari…

Di weekly dah jelas vcp pattern. Volume pun menaik.Weekly pun dalam s2.

Kalau kita kira base di daily, baru ada 2 base kaunter ini. Jadi selamat di beli dan mungkin boleh hold lama.

Beli selepas breakout ya. Bukan sikit VCP pattern yang gagal. Biar dia buktikan kekuatan dia dulu baru dia layak untuk kita buy. Mau ka beli kereta tak laju? Beli baju terkoyak? Beli seluar reject? Kalau tak mahu kenapa nak beli saham yang tak kuat? Saya masuk bukan semata-mata kerana VCP pattern atau cup and handle. Saya masuk kerana semua tanda yang saya tulis tu.

Bila dah confirm boleh buy , dah breakout di daily barulah boleh turun ke h1 untuk sniper entry. Kita akan jimat 2 3 % dengan cara ini dan menjauhkan lagi SL kita.Kalau nak tibai buy terus pun boleh .

Nampak tak Bagaimana saya buy HONGSENG dan untung 33% dalam 4 hari? Ada soalan?

Di mana nak TP?

Yang ni ikut guru anda siapa.

Steve Nison cakap dalam kajian dia, kalau pattern ascending triangle macamni, kita boleh tp sejauh ketebalan tapak segitiga itu. Dalam contoh ini kalau naik 88%, Steve Nison akan TP.
Kalau anda belajar dengan Mark Minervini, dia akan cakap , dalam keadaan market yang volatile, kes Covid-19 cecah 12k sehari , tak ada tanda tanda nak jatuh , KECILKAN SL DAN KECILKAN TP.

Kalau anda belajar dengan Pakya , seorang sifu saham dewataraya trend trader, anda boleh hold sampai ada tanda untuk sell. Pergi baca definite sell criteria saya.
Kalau anda belajar dengan saya, anda pilih ja mana-mana pendapat 3 sifu saham ni. Tak kuasa saya nak melawan, semua padu-padu belaka. Jangan buat teknik ABC sudah. (asal biru close)

Dah untung baru nak tayang , bila masuk kenapa tak ajak?

Soalan ni saya tak boleh nak kata apa. Saya tahu waktu hampa semua baca dari atas sampai bawah mesti ada soalan ni dalam hati , kan? Geram yang membuak-buak. Untuk pengetahuan semua , saya tak boleh bagi buycall ya, sebab saya tak ada lesen remisier lagi.

Kalau ada masa, saya akan ambil juga. Sebagai doktor kontrak hina dina yang merawat Covid-19 di PKRC , kes harian terlalu banyak untuk saya kisah bab nak amek lesen. Tak berbaloi kena ban dengan SEC sebab bagi signal di website yang free macamni. Sekian saja cerita saya tentang Bagaimana saya buy HONGSENG dan untung 33% dalam 4 hari, Sekian terima kasih.


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?
Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment