39. Apakah itu limit dan stop order?

Limit dan Stop Order

Apakah itu limit dan stop order? Benda teknikal macamni, kita kena faham molek. Saya pernah burn Rm300 sebab salah klik je. Tak sepatutnya kita bakar duit untuk benda teknikal macamni. Unacceptable. Dah la nak trading pun tak pandai lagi, nak tekan buy pun salah. Ayoyoooo. Untuk faham betul- betul pasal ni, saya akan bagi contoh.

Sell limit

Maksud sell limit adalah broker akan jual atas dari harga yang kita letak sampai harga yang kita letak.

Bila kita letak sell limit untuk beli 2 lot pada 0.500 , broker akan sell start dari 0.500. Kalau harga tu habis, dan harga naik ke atas, dia akan beli di 0.510 , kemudian 0.520 , begitulah seterusnya sampai habis order 2 lot kita.

Bawah dari 0.500 dia tak jual.

Jadi kalau harga sekarang 0.510 dan kita letak sell limit di 0.500 , automatik broker akan sell saham kita sekarang.

Buy limit

Maksud buy limit adalah broker akan beli bawah dari harga yang kita letak sampai harga kita letak.
Bila kita letak buy limit di 0.500 , dia akan beli start dari 0.500 , kalau saham harga tu habis, dan harga turun lagi, dia akan beli di 0.490 , 0.480 dan seterusnya , sampai habis semua order kita.

Atas dari 0.500 dia tak beli.

Jadi kalau harga sekarang 0.500 , kita letak buy limit dia 0.510 , automatik order kita diambil sekarang.

Buy stop

Buystop maknanya dia akan beli start dari harga kita set dan ke atas.
Biasanya teknik ini digunakan oleh breakout trader. Dia pasang umpan buystop di kawasan yang nampak macam nak breakout , bila price langgar kawasan itu broker akan start buy. Katalah dia letak buystop di 0.500 , tapi ramai lagi breakout trader beli di situ dan saham harga tu habis, broker akan beli di 0.510 , kalau habis , dia akan beli di 0.520 dan seterusnya sampai habis order kita.

Bawah dari 0.500 dia tak beli.

Sell stop/ Stop loss

Stoploss maknanya dia akan jual start dari harga kita set dan ke bawah.

Katakan stoploss kita di 0.500 , tiba-tiba bila nak jual , tak ada buyer di situ, dan harga turun ke 0.490 broker akan jual di situ, kalau tak boleh di situ, dia akan jual di 0.480 dan seterusnya sampai habis semua order kita.

Atas dari 0.500 dia tak jual.

Bagaimana kalau berlaku gap di kawasan entry kita?

Kalau ada gap di entry , semua order takkan kena.

Bayangkan , menangis air mata darahlah orang yang masuk kaunter atas ni. Hanya kerana tak tahu cara nak kenal top / end of trend , terciduk lah beliau. Habis 50% modal. Nak pulak yang buat loan untuk beli saham , tak ke menyumpah sampai kiamat? Lepastu berpesanlah dia pada adik beradik dan sepupu sepapat, main saham ni haram. Risiko tinggi. Buang masa. Dan sebagainya.

Saya ada kajian saya sendiri macamana untuk kenalpasti tanda- tanda akhir trend. Jangan jadi macam trader di atas. Letak stoploss pun tak mampu selamatkan modalnya. Hanya ilmu saja yang mampu elakkan tragedi ini !


Psssssst…Apa ni bang belajar separuh-separuh? Bila nak boleh withdraw? Bila nak rasa entry biru?

Jom belajar dari A sampai Z dengan cara saya yang sangat mudah faham di sini

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

– Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
– Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
– Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
– Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
– Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!

Add a Comment