15/6/22 Hasil 6 Bulan Eksperimen Forex

 

Salam semua.

Saya tahu walaupun saya biar bersawang , web ni 200 orang datang hari-hari walaupun dunia sekarang orang semua pakai shorts dan reels untuk deliver content. Tahniah 200 brader hensem yang masih baca web cara old school macamni. Andalah pemenang anugerah nilam tahun ini. Kah3 .Post  ini khas untuk anda semua.

Sori boss semua , saya tak cukup hensem nak buat reels. Nak belajar kat sini kena baca juga. Muka tak market. Tak cukup confident.

Post ni saya cuma nak share apa yang pembaca wassap saya tanya.

Zaman ekonomi akhir zaman macamni boleh trade lagi ka boss?

Mark Minervini cakap , in times of market volatility , tighten your stop loss , keep your profit smaller. Ni nasihat dia la. Kalau masuk tengah jalan macam susah nak ikut cara ni. Ada ja kaunter ok , tapi banyak juga yang jatuh. Zaman bearish sekarang ni.

Dr tak trade forex dah ke?

Trade, tapi profit tak withdraw. Memang pure untuk experimentation. Nak experiment kat saham , bertahun nak dapat result. Buat masa ni cara terbaik saya masih menggunakan M15 sebagai Timeframe entry. M1 M5 tengok chart pattern . HNS semua tengok situ la.  Saya dapati bila guna Teknik Abang Jaga saya selalu overtrade.

Pagi -buy

Petang -sell

Last- last market ikut arah buy yang pagi tu. Bedal stoploss petang.

Sebabtu Pakya tak suka scalping.

Cara terbaik trade fx bagi saya lepas beribu eksperimen adalah sehari sekali. 

Ok jom sembang  betul-betul.

Disclaimer – Ikut fatwa Malaysia , forex adalah haram. Saya tak boleh sanggah fatwa. Saya tak boleh ajak orang  main forex. Saya ajar trade. Korang nak apply kat mana ikut suka. 

Ok ni graf M15 Gold selama 3 hari.

Setiap hari saya pisahkan dengan line biru.

Kalau kita katakan crossover line MA merah hijau tu satu signal, tengok sendiri berapa tempat sangatlah yang kita boleh entry untuk sehari bila kita entry di m15. 

Hanya 2-3 entry je boleh masuk.

Simple banyak dari entry kat m1 kan?

Tak payah hadap volatility teruk sangat.

Bila tak banyak entry point tak banyak la buat silap.

Masalah kita bukan kita tak reti trade. Ramai yang hantar gambar entry bagus- bagus kat saya .

Tapi kita  ni kerja nak tekan je bila pun. Asal biru close.

Mungkin nasihat ni tak semua boleh terima .

Manusia ada banyak jenis.

Mungkin trader jenis saya ni tak cukup padok nak hadap keganasan M1.

Mungkin dari awal saya ni jenis  kalut dan layak duduk di M15 saja.

 

Kenapa saya  buat eksperimen scalping ni ? Apa future projek saya?

Dah ramai sangat kata forex haram , saya nak apply teknik MA ni di kaunter saham NASDAQ yang laju yang patuh syariah .

Mungkin trade intraday.

Cita-cita saya nak trade saham intraday live sambil mengajar , tapi benda tu salah di sisi undang-undang.

Itulah kepuasan abadi kan.

Boleh ajar orang Observational Haki.

Melihat masa depan.

Tapi katanya live trading saham Haram dari segi undang-undang dunia.

Dari situlah datangnya forex. Sampai masanya saya akan trade intraday forex di Shorts Fanpage Entry Biru.

Tapi kata orang forex haram la pula.

Pishaaaaang.

Dr tak buat kelas ke?

Kenapa selalu PM macamni ya?

Susah faham ke saya ajar?

Adakah isu suara tak jelas ke atau tulisan banyak typo?

Risau pasal nak jadi sifu ni.

Apa kelayakan yang saya kena tunjuk untuk yakinkan orang?

Ke main claim je diri sifu?

Adakah perlu untuk sewa Lambo / Ferrari dan iklan di FB? Cara tu dah tak jalan dah.

Adakah kena tunjuk berapa cukai yang saya bayar? Semua tu boleh edit . Orang tak bodoh la.

Macamana kalau lepas belajar dengan saya , buat tak jadi?

Siapa nak tanggung tu?

Adakah kena refund balik duit?

Kalau nak refund memang sakit la zaman Bearish macamni.  Adakah waktu ini waktu yang salah untuk belajar saham?

Kalau nak cas yuran, nak kena cas berapa?

Adakah nak cas mahal bagi tak ramai student dan boleh tumpu perhatian pada student? Bajet- bajet kelas Diamond Premium Titan Group?

Atau nak cas murah , potong harga semasa biar jahanam harga market?

Berapa rate biasa seorang doktor?

Rate kami murah.

Kalau upah Indonesia cuci rumah RM 20 sejam, rate doktor cuma RM40 sejam.

Rate physiotherapy pun sejam RM80.

Nasib la, siapa suruh jadi doktor.

Nak buat cara online ke nak buat cara kelas tuisyen?

Ke buat personal coaching kat Old town sambil sebat Wifi free?

Soal halal haram pula macamana?

Nak ajar chart je tapi student trade forex boleh ke?

Ke memang halal forex ni?

Apapahal kat Mahsyar nanti kita sebut ja nama Ustaz Dusuki? Macamtu?

Adakah saya tengah tolak rezeki bila tak buat servis macamni?

Soalan membuahkan lagi banyak soalan.

Menyesal tanya kan?

200 orang baca web ni setiap hari, tapi tak ada seorang pun yang komen.

Hampeh.

 

 

 

Add a Comment